Tuesday 17 January 2012

DIMANA DAYA TARIKAN??

Ye, agak serius entri kali nie nampaknya. Aku bole hanya bagi satu perkataan yang ade kaitan dengan pertanyaan di atas iaitu  'Pakej' (jangan korang bayangkan pulak perkataan nie hanya pada percutian ber'Pakej' ataupun dengan perkahwinan  janda ber'Pakej' anak 3 pulak...:)).Ok, aku nak beri pandangan ape kaitannya daya  tarikan dengan 'Pakej'??? (hehe, pandai-pandai buat kenyataan nampak, aku mengaku yang aku sendiri pun tak cukup 'Pakej' sebenarnya...:)).


Tidak dinafikan paras rupa salah satu 'Pakej' dan visi 'Pertama'. Dan aku tak serlahkan paras rupa kerana semua dah tau yang paras rupa adalah perkara yang kita akan lihat dahulu dan ianya terpulang pada diri seseorang sebelum menilai. Aku rasa pada pandangan pertama  tak boleh kita katakan cara sebenar-benarnya untuk tertarik. Dan jika seorang yang teliti  akan melihat 'Pakej'  yang lain juga pada diri seseorang itu sebelum mengambil tindakan seterusnya. 


Diantara 'Pakej' ialah serba-serbi yang terzahir pada seseorang mendatangkan minat orang lain untuk mendekati atau mengetahui lebih lanjut. Semua orang ada perangai yang berbeza, tak kira la lelaki atau perempuan. Dan kita semestinya mahu yang baik-baik saja. Tapi jangan kita terlalu percaya dengan seseorang yang nampak alim nie (nampak alim(menunjuk)). Kalau ikhlas kelakuannya akan terserlah la kebaikannya itu. Terpulang pada individu untuk menilai.


'Pakej' lain yang mungkin yang boleh menarik minat ialah dari segi perbuatan. Cara berjalan, percakapan dan apa-apa sahaja kelihatan tertib dan tidak dibuat-buat. Kalau nak suap makan kena guna tangan kanan (setakat nie aku tak pernah tengok orang suap makan pakai tangan kiri kecuali Ketek kat Tanjung tue)..Dah sudah...lupakan aku mengarut je tadi.......:).Kalau kita tertib dalam perlakuan maka personaliti anda itu akan  lebih tersemat di dalam hati si pemerhati.


Satu lagi 'Pakej' yang ramai tak tahu ialah 'Kemahiran Interpesonal' .Apa yang dimaksudkan 'Kemahiran Interpesonal' ialah sifat yang tergolong kepada semua daya tarikan yang ada (atau lebih tepat kesimpulan kepada semua sifat yang boleh mencetuskan minat dalam hubungan sosial manusia).Dan sifat ini jarang sekali ada dalam diri kita sebagai manusia (dah nama manusia, tak semua sempurna...:)).


Bagi aku kesemua diatas adalah 'Pakej' lengkap untuk daya tarikan seseorang. Dan paling utama untuk menzahirkan kesemuanya kita harus jujur dan tidak pura-pura. Ok,sampai disini saja definisi aku berkaitan persoalan tajuk entri diatas. Sampai berjumpa lagi, renung-renungkan dan selamat berjamal!!!...:)


Sunday 8 January 2012

KEMUDAHAN MEMBANTU SEMUA (TERSIRAT KESANNYA)

Assalammualaikum....harap sejahtera semua. Ok, kebanyakkan masyarakat sekarang ini melalui era di mana dihujani oleh semua teknologi yang memudahkan kita (atau lebih tepat memanjakan masyarakat).Aku memang akui semua teknologi yang kita nikmati sekarang memang terlalu banyak membantu dalam segala hal (tak kira la perkara yang senang lebih senang atau rumit dulunya bole settle dalam masa yang singkat).Tapi sekarang kita dah tak payah pening-peningkan kepala hotak berjambul kita nie, apa sahaja bole selesai dengan mudah dan kuasa semuanya di hujung jari sahaja.




Contohnya telefon bimbit.Aku ingat lagi masa-masa sebelum wujudnya telefon bimbit canggih seperti sekarang yang kadang -kadang menjadi medium kedua untuk internet (sekarang kalo bukan dari jenis Android memang tak sah, memang koyah kan ko budak-budak!!.).Ye, zaman tue dah aku lalui pun!!.Aku buat perbandingan antara kehidupan dahulu semasa belum wujudnya telefon bimbit nie dan pada masa sekarang (peredaran waktu memang singkat...kejap je dah Jumaat..hehe).Yelah macam mana kita nak membuat temujanji dengan seseorang dan masa yang kita janjikan dan pada masa itu tak menjadi masalah bagi kita (kalo janji pukul 4.00 ptg, maka pukul 4.00 ptg la kita akan jumpa di tempat yang dijanjikan dan kalau sesat bole jugak sampai kat tempat tue, pelik jugak la aku).Cuba kalau sekarang, korang janji la pukul berapa pun, belum kompom bole sampai tepat pada masa dijanjikan.... sebab ape??...sebab kita dah bole update alasan kenapa kita lewat melalui telefon bimbit. Korang bagi la alasan ape pun, bukan membe kita tue nampak kita tipu dia ataupun tak (bagi alasan jalan sesak padahal baru nak capai tuala mandi).Kalau dulu, nak bagi alasan macamane, kalo ade pun public phone je (penat woi tiap kali nak kena berenti cari public phone, bila jumpa...ade chewing gum plak kt ganggang dia...kesudahannya public phone tue dah kau tomoi, telinga kau bau chewing gum cap beruang hitam perisa strawberry...:))
Tak heran dah kalo masa sekarang janji pukul 4.00 ptg membawa ke pukul 5.00 ptg (tue tak masuk lagi alasan sesat, padahal telefon bukan main canggih siap ade GPS lagi).


Lagi satu pasal nombor telefon. Cuba la korang ingat no telefon membe-membe korang semua....bole korang ingat semua no telefon diaorang??...mesti ade yang tak tau punya (dan ada jugak yang no telefon awek sendiri pun nak kena check balik pada list...hehe).Tapi dulu, kalau korang tak ingat no telefon-telefon penting memang mendatangkan masalah besar (sebab bila berlaku hal contoh keta rosak ke, pastue tak bawak senarai nombor telefon penting) memang menjawab la korang masa tue (bole pegi cari busut tepi jalan, untung-untung dapat no telefon termasuk nombor lucky draw sekali..hehehe).


Dan nak cerita panjang pasal kemudahan teknologi pada masa sekarang memang terlampau banyak dan memang kesudah pun takkan abis. Aku cuma nak memberi sedikit sahaja contoh kemudahan teknologi yang nyata dan semua masyarakat berpeluang mengguna dan mengaplikasikannya dalam kehidupan.Dan kita sebagai pengguna bukan sahaja 'Dimanjakan' malahan 'Ditatang' oleh kemudahan teknologi ciptaan moden dari manusia yang bijak 'Pandai'....:) 


 

Monday 2 January 2012

TEPUK DADA TANYA SELERA.

Assalamualaikum...lama jugak tak update blog nie.Terasa rindu pulak aku nak tengok dak kecik comel pakai spek besar nie ha...Ye, aku janji nak update info 30 aribulan aritue....tapi dah termungkir janji pulak. Tapi takpe aku dah 'menebeng' semula kat blog nie walaupun terlewat  masanya...Aku pun bukan suka nak bagi alasan kononnya busy kerja ke ape-ape ke, pengotor alasan tue semua, hehe....tue alasan tersangatlah biase dan geli...cuba la alasan contohnya kau cakap kau sekarang ambik tender masak kenduri kawin ke, takpun kau cakap la mase kau serve masakan kenduri kawin tue, pihak lelaki tak jadik kawin dan kau plak kena pakse kawin ngan anak tuan rumah...selang berape ari tue kau kena panggil pegi perang kat sempadan pulak dah. Nampak macam menipu...tapi logik dan tak kelihatan fiksyen melampau....:).


Lupakan kisah kedai kopi...lupakan perbualan apek-apek berbual melayu kata "Khir Toyo terbang guna duit Tourism Selangor 48K untuk First Class Tix". Abaikan Nor Amalina yang konon 'Pandai' tak hengat tue dah lupa daratan (rambut karat macam anak nelayan )...Aku tak peduli pun benda-benda tue semua...Tapi aku kesian dengan pemikiran golongan baru yang banyak disogok dan disajikan perkara yang serba-serbi nak menjatuhkan je. Dengki sana, dengki sini tak kira melalui medium ape pun (termasuk Makcik Bedah yang suka gosip depan pagor around taman pun bole jadik antara medium unggul). Cuba kita melatih diri untuk menepis ape-ape aje pengaruh buruk-memburuk yang boleh meresap ke dalam kepala hotak berjambul kita nie dan cuba fikir logik akal. Andainya melibatkan masalah negara pun dah ade orang yang patut fikir perkara tue dan korang sibuk nak persoalkan memang tak perlu.


Pengaruh golongan baru memang senang nak berkembang, malahan kalau seseorang yang 'Pandai' menarik minat dan cakap teror serba serbi memang senang diikuti dan yang dipengaruhi. Orang tue salah, orang ini salah dan sape yang betul sebenarnya aku pun tak tau (mungkin aku golongan tak tau pape kot). Golongan yang lama pulak suka mencelarukan pemikiran golongan baru supaya ikut dengan cara rebel dia yang kononnya banyak makan garam ( kalo dikira sejak lahir mungkin ade la dalam satu lori pikap tue). Cukup makan cukup minum dah memadai, tak payah nak bokbang sane sini. Contohnya kalo kau 'bengkek' ngan si A, biar kau ngan si A je saling mem'bengkek', watpe nak suruh 'orang lain' ikut kau "bengkek" si A?...Lain la kalo 'orang lain' tue dah memang "bengkek" ngan si A tue jugak, hehe...tue aku tak tau nak cakap ape la....terpulang pada diri...:).


Keistimewaan.... bukan semua tak dapat...aku sejak lahir banyak dapat rasa kenikmatan duduk kat negara aku sendiri (yang tak tau nak mengenang budi, dah bole hantar kat Karachi sane). Walaupun tak mewah, tapi cukup bertuah dan aman sentosa. Tak kira la sape yang memerintah dan sape yang diperintah (yang penting demokrasi perlu nampak adil dan saksama..:)).Orang cakap putih (kita selidik putih tue ade terpalit sedikit kari atau tidak) dan orang cakap hitam (kita selidik hitam tue betul-betul hitam atau koyah nak nampak metal je)...hehehe.Jadik kita golongan baru jangan la suka ikut cakap orang (jadi diri sendiri dan perbaiki kekurangan diri untuk masa depan kita)....:)










Monday 26 December 2011

TENTANG ORANG 'PANDAI'

Tentang Orang 'Pandai'...Aku saje entri tajuk kat atas nie sebab nak ceritakan perihal orang-orang yang dipercayai tersangatlah 'Pandai' (bukan percaya pasal amanah ke hape) memang orang yang terbaik/terunggul di mata masyarakat (konon-kononnya la). Seperti yang kita tahu, orang 'Pandai' tak suka menerima kritikan dan merasakan dia sahaja yang betul (nah ambik je semua). Dan kebanyakkan orang yang 'Pandai' ni suka menunjukkan yang diri dia betul dan mengaggap orang sekeliling bodoh (tak tau pape pun sebab semua perkara yang orang 'Pandai' buat , dia dah buat).Dan orang bodoh nie pasti ke dia bodoh??(tapi kena ingat orang bodoh nie bukan di kalangan yang jobless atau loser). Tapi orang 'Pandai' nie memang tak reti dan tak faham keadaan orang bodoh( jadi dia lebih bodoh berbanding orang bodoh).


Orang 'Pandai' memang terlalu pandai sebab belajar sehingga Degree je!!...diulangi Degree je bukan Master @ Phd (ambik Ijazah Pendidikan sebab tue sifat 'Pandai' nak mengajar orang bodoh terserlah). Orang 'Pandai' takkan kata orang lain bodoh sebab dia mungkin tak tau orang yang dia kata bodoh tue memang bodoh (atau saje-saje buat bodoh kerana taknak membazir 'Kepandaian' pada benda yang tak mendatangkan ape-ape pada diri dia dan orang yang berkaitan).Sebab ape??,contohnya orang bodoh macam rasa kalau dia tunjuk pandai nanti kena ambik kesempatan ( macam ko pandai pastu sama-sama meniaga, tapi duit ko sebat sorang buat beli rokok, abis yang pandai lagi sorang tue ape cite??,dia dapat ape??...contohnya la...:)). Jadi si 'Pandai' jangan ingat orang bodoh nie betul-betul bodoh.


Orang 'Pandai'  suka cari 'back up' (tue biasa mcm keling la, kalo sorang tak berani nak gaduh).Orang 'Pandai' nampak tak bersalah (yelah dah dia 'Pandai', jadik semua orang tertipu dengan kebaikkan/kepandaian dia).Orang 'Pandai' memang berlagak kononnya 'Bos' (kalo nak jadik 'Bos' pegi apply kerja yang melayakkan  jawatan sebagai 'Bos' ok!!).Orang 'Pandai' akan beri kenyataan yang betullllllllllll sentiasa (padahal, tak dapat bezakan antara ayat 'Aku Taknak Korang Pulangkan Duit Aku, Cuma Pulangkan Masa Aku' dengan 'Aku Taknak Korang Pulangkan Duit Aku , Korang Nie Buang Masa Aku') orang 'Pandai' tau bezakan kan??...:).Orang 'Pandai' akan rasa dia terkenal/artis (contohnya buat t-shirt band dia @ kumpulan rock tongkol contohnya la...:)) tapi susah nak laku (kesian tengokkan sebab budget band dia ramaiiiii orang kenal....:)).Orang 'Pandai' selalu tertanya-tanya kenapa ramai orang tak suka pada si 'Pandai'(orang dengki kot sebab ko 'Pandai' sangat....:)).Orang pandai tak semuanya pandai...kadang-kadang 'Pandai Macam Keldai'...(membe aku kenal dari utara selalu sebut menatang nie...:))


Tapi orang 'Pandai' bukan semuanya nampak bodoh (contoh orang 'Pandai' yang yang aku dengar nie dah buat keja lain sekarang setelah habis bergebang nak buat tu nak buat ini....Tahniah ye, nampak 'Pandai' di situ...:)).Biar orang bodoh yang tak tahu pape nie dah tahu APE NAK BUAT SETERUSNYA NANTI (ape??nak pukul??mandrem??...ko gile ape,??...ade laaaaa)....:).

(Maaf , cuma 'sindiran ringan' untuk hari ini)



Friday 23 December 2011

KRIK!!! KRIK!!! KRIK!!!

Assalammualaikum, cuti aku dah masuk hari ke-3, aku rasakan macam hari-hari aku pada kali nie bertukar dan aku cuba menyesuaikan diri. Yelah, orang semua cuti jalan-jalan amik angin kat tempat orang. Tapi aku lain...bangun tido, makan, online pastu tido....diulangi pada hari berikutnya. Patutlah lelaki kalo yang tak bekerja akan tension dan rasa macam kurang selesa sangat hidup dia (lain la kalo yang malas nak cari kerja, sampai ke tua bangka mak bapak tanggung hidup, itu memang mendatangkan kemarahan mak bapak kepada 'biawak hidup' tersebut). Dan waktu cuti nie la, rancangan tv tak menarik disiarkan berulang-ulang kali (kalo tak silap aku, cite drama indon kat tv skang nie dah ulang kelmarin). Dah la aku kurang dengan drama indon nie (sebab aku rasa setiap pelakon indon nie suka cakap/monolog sorang-sorang macam orang tengah 'isim' takpun sikit-sikit kena langgar sebab lintas jalan tak tengok kiri-kanan...kalo tak caya korang tengok drama-drama indon yang lain-lain).



Hehe, ape aku merepek pun aku tak tau la. Yela, hari nie pun aku takde info pape. Dan aku dah buat keputusan selama aku bercuti ini takkan ade info untuk dikongsi dengan korang semua. Sebab ape??...sebab kepala dah jam, dan ianya dijangka berterusan hingga 30 aribulan nie ,jadik untuk hari ini  aku hanya luahkan ape yang sebal kat blog nie sebelum nanti aku pun bole jadik cakap sorang-sorang macam pelakon dalam drama indon tu, hehe(mintak maaf semua, dan aku janji akan ade info untuk diupdate lagi nanti, tungguuuuuuuu).



macam nie la rupa orang tengah bosan (pinjam gambar anak along aku...:))



Monday 19 December 2011

TAKDE INFO LA DER

Assalammualaikum, hari ini aku takde info pape .Cume yang dapat aku syer dengan korang semua pasal  hari terakhir aku bekerja sebelum cuti panjang(macam blogger sejati yang  je aku kan??, padahal takat picisan je bro) bermula esok hingga 1 haribulan tahun 2012 (lama gila tue cuti pasal nak abiskan cuti tahunan aku le).Aku hari ini dah start apply cuti untuk hujung tahun. Mane bole tahan, sume dak-dak ofis dah cuti tapi aku melangok lagi kt opis, apekejadahnya...hehe.Semalam aku dah settlekan pun kerja yang lama tak lama la aku tangguhkan (ade la dalam 1 hari bekerja dan 2 hari cuti , yang cuti tue maksudnya hari sabtu dan ahad...:) ). Dalam tengah nak isi borang cuti tue, aku rasa macam ade yang tak kena dengan meja aku nie. Macam tak terurus pun ade, bersepah macam kapal hanyut. Alamak , bunyi phone pulak, Apaicavalera yang telefon nie:



Aku :"Hello,....(belum sempat aku cakap pape)"

Apaicavalera :  "Hello apek, kejap lagi gua datang ambik itu fiber....lu free tak apek??"


Aku : (Dak apai nie dail nombor main bedal je, dia tak tengok ke no yang dia dail tue no aku.Takpe aku menyamar jadi apek pun show nie, hehe)."Ha, ya ya ya!!....itu fiber aaa lu bole ambik ini petang , lu mau bikin apa itu fiber??...mau bikin kapal telebang ka??". (ini tak lain tak bukan pasal bikin keta dia nie).


Apaicavalera :  (Diam kejap) "hahahaha, sory tersalah dail la bro....pelik gak care cakap dah macam apek  melayu lu td, hahahahaha (aku pun hahahahahha jugak).


Aku :"Tue la pasal bro"
 

Tut.....tut...tut (terputus talian, malu la tue si apai tue, hehehe)



Ok, bersambung kisah tadi. Meja yang aku mengadap dari pagi tadi   (padahal dah berkurun lama dah) bersepah je aku tengok.Sume kertas-kertas yang ntah datang dari mane ntah (padahal aku yang wat sepah) berterabur tak tersusun. Jadi, oleh kerana aku nak bercuti panjang nie nanti, baik aku kemas sebelum kertas-kertas nie dimamah dek mak menti (tikus) walaupun sebelum nie ade 'tikus besar(Aku)' yang duduk kat meja nie .Dan aku pun memulakan kerja-kerja mengemas.....


10 minit sebelum............
meja serabut babut macam sabut(nie kalo tak kemas kompom time cuti nanti tikus bertandak atas meja aku nie)
  




10 minit selepas.........
meja dah clear dan lebih tersusun(nampak lapang plak, jangan dak tikus main rounders atas meja aku nie pulak nanti)

Alhamdulillah meja aku dah kelihatan lebih senonoh dan lebih 'shining' berbanding yang awal tadi. Dan dengan itu meja nie akan terpelihara bersih bila takde orang yang duduk sepanjang percutian aku nanti. Baru la takde 'penunggu' yang boleh beranak pinak kat kat area meja aku nie(cehhh, ingat rumah tinggal 
ke ape??).

Ok semua ,selamat bercuti dan selamat tahun baru....:)




BRICCONE

Assalammualaikum, dengan lafaz bismilahhirahmanirahim aku mulakan entri untuk hari ini. Korang yang berada tidak kira di tempat kerja atau di rumah kerana cuti hujung tahun di harap berada dalam keadaan sihat sejahtera Malaysia hendaknya. Seperti yang tuan-tuan dan puan-puan maklum, merujuk kepada entri yang dikirimkan semalam ada menyatakan...Ishhh!! dah macam karang surat pulak aku ni. Sorry, awal minggu memang macam jam sikit kepale hotak aku yang bejambul ni. Memang hari ini aku macam taknak entri pape. Tapi dengan keadaan sunyi beserta opis yang lengang dan rakan sekerja yang macam nampak tak nampak je nie, baik aku fokus kejap dengan aktiviti baru aku nie. Kejap lagi nak siapkan ape yang tertunggak dari minggu lepas membawa ke minggu nie.Nanti overlap kerja baru tau, cehh!!, koyah banyak kerja plak ko badol.hehe.



Ok, cakap banyak tak guna tembak cicak tak kena...aku nak sambung pasal info semalam berkaitan 'Si Penyangak' atau lain istilah yang macam poyo tapi benar dipanggil 'Mafia'. Pergerakkan ini telah bercambah dari generasi ke generasi dan menular ke sekitar Amerika dan lain-lain negara (kira diaorang berhijrah dan bermastautin kat negara orang kemudian buat kacau, sebijik macam......minta maaf ,aku bukan 'racist'  tapi memang realiti sebenar). Dan tradisi pergerakkan mereka tetap sama seperti yang dulu-dulu tetapi mereka lebih ketara gengster kerana ada dikalangan ketua atau ahli-ahli mereka sudah ramai yang dikenali(bukan jenis yang 'gile glamer' tapi orang dah kenal sebab diaorang lebih berani melakukan jenayah terbuka yang sangatlah macam setan muadjal).



Antara yang terkenal tapi bukan 'gile glamer' telah dapat aku cari nama-nama mereka. Dan dikalangan mereka bukan yang paling 'Bos' atau istilah lainnya 'Si Kuat', sebab takde siapa yang tahu siapa yang patut pegang gelaran itu. Antara nama-nama ialah:-


BIG JIM

misai tebal banyak pakai minyak bon




Giacomo Colosimo yang lahir 16 February 1878 dan mati pada 11 Mei 1920. Dia dikenali sebagai  'Big Jim' Colosimo dan merupakan bos jenayah Itali/Amerika. Telah menjalankan empayar jenayah di Chicago melalui sindiket pelacuran , perjudian dan penipuan. Berpindah dari Itali pada tahun 1895 dan memulakan kuasa melalui jenayah yang kecil melalui rangkaian sindiket pelacuran dan dia telah memimpim  empayar jenayah yang dikenali sebagai 'Outfit Chicago' dari tahun 1902 sehingga kematiannya pada tahun 1920.Dan selepas itu, tampuk kekuasaan diambil alih oleh Johnny Torrio aka 'Papa Johnny'.




PAPA JOHNNY

senyum kasik nampak baik, buat je muke macam tak salah

John 'Papa Johnny Torrio', lahir pada 20 Januari 1882 dan mati pada 16 April 1957.Dikenali sebagai "The Fox".Merupakan penyangak Itali/Amerika yang menyambung empayar jenayah yang dikenali sebagai "Outfit Chicago" daripada 'Big Jim' pada tahun 1920. Mencetuskan idea Sindiket Jenayah Kebangsaan pada tahun 1930-an dan kemudian menjadi penasihat tidak rasmi kepada kumpulan jenayah "Genovese". Kemudian mewariskan kekuasaannya kepada anak didiknya iaitu 'Al Capone'.





AL-CAPONE

pernah menjadi duta kasut hoki oleh syarikat Al -Ikhsan

Alphonse Gabriel atau nama lain 'Al- Capone' lahir pada 17 Januari dan mati pada 25 Januari 1947. Nama 'Al-Capone' adalah yang sangat terkenal antara yang lain-lainya. Merupakan seorang gengster Itali/Amerika yang mengetuai sindiket jenayah yang terlarang dan meneruskan era perjalanan "Outfit Chicago" yang kemudian ditukar nama kepada "Capones", menjalankan kegiatan penyeludupan minuman keras  dan lain-lain aktiviti yang menyalahi undang-undang termasuk pelacuran di bandar Chicago seawal tahun 1920-an hingga ke tahun 1931.





VINCENT DRUCCI

ini orangnya kepala hotak berjambul belah kanan

'Vincent Drucci' yang juga dikenali sebagai 'mastermind' pada era tahun 1898 dan mati pada tahun 1927. Penjenayah Itali/Amerika semasa era "Outfit Chicago" yang berkhidmat sebagai leftenan di bawah sebuah kumpulan gengster 'Mafia'  yang lain dan kemudian naik takhta sebagai ketua kumpulan gengster tersebut. Drucci adalah salah seorang yang pernah dibunuh oleh pegawai penguatkuasa undang-undang.





LUCKY LUCIANO


mata tembet sebab selalu ngendap minah indon

Charlie 'Lucky Luciano' lahir di Salvatore Lucania pada 24 November 1897 dan mati pada 26 Januari 1962. Penyangak yang dilahirkan di Sicily, Italy dan dianggap sebagai bapa jenayah moden yang wujud di Amerika Syarikat. Seiring itu pemecahan kepada 5 keluarga jenayah Mafia yang berbeza di New York beserta penubuhan suruhanjaya yang pertama. Merupakan secara rasmi bos yang pertama untuk jenayah moden keluarga"Genovese".Bersama-sama dengan gengnya iaitu Meyer Lansky, berperanan dalam pembangunan "Sindiket Jenayah Kebangsaan" di Amerika Syarikat.





JOE ADONIS

"aaaa, incek, surat takde....penumbok ade!" sambil kejar sambil sepak.



Joe Adonis yang lahir pada 22 November 1902 dan mati pada 26 November 1971. Dikenali juga sebagai 'Joey A', 'Joe Arosa', 'Joe Adone' dan 'Joe Di Meo', merupakan seorang penyangak New York yang merupakan peserta penting dalam pembentukan keluarga Cosa Nostra jenayah moden.




FRANK COSTELLO
emmmmmm.......???


'Frank Costello' lahir pada 26 Januari 1891 dan mati pada 18 Februari 1973. Muncul ketika kegiatan jenayah meningkat di Amerika. Memegang empayar perjudian yang luas di seluruh Amerika Syarikat dan mendapat gelaran 'Perdana Menteri daripada bawah tanah'.Menjadi salah seorang ketua 'Mafia' yang paling berkuasa dan berpengaruh di dalam sejarah Amerika dan menubuhkan keluarga jenayah 'Luciano' dan kemudian dipanggil keluarga jenayah 'Genovese'.




 
JOE BONANNO
pandang muka nampak telinga

Joseph Charles Bonanno lahir pada 18 Januari 1905 dan mati pada 11 Mei 2002.Seorang Mafia yang dilahirkan di Amerika dan menjadi ketua keluarga jenayah . Beliau digelar 'Joe Banana' dan sangat membenci gelaran tersebut.






ALBERT ANASTASIA

"amacam??..ada gaya macho??...ke hancor??"


'Albert Anastasia' dilahirkan di pada 26 September 1902 dan mati pada 25 Oktober 1957. Merupakan bos yang dikenali sebagai keluarga "Gambino", salah satu daripada 5 keluarga di New York. Menubuhkan sekumpulan pembunuh upahan yang dipanggil "Murder Inc" yang berkuasa atas segala keputusan 'Suruhanjaya Majlis Pemerintah Mafia Amerika'. Juga digelar sebagai "Mad Hatter".




TONY ACCARDO

"mane plak pegi kunci keta nie??"


Antonio 'Joseph Accardo' lahir pada 28 April 1906 dan  mati pada 22 Mei 1991. Dikenali sebagai  'Batters Joe' atau 'Tuna Big'. Memulakan daripada penjenayah kecil membawa ke kedudukan bos untuk "Outfit Chicago" pada tahun 1947 dan turun takhta pada akhir tahun 1972. Sepanjang hidup sehingga kematiannya ,Accardo bergerak ke wilayah-wilayah baru seiring itu meningkatkan kuasa dan kekayaan semasa tempohnya sebagai bos.





FAT TONY

"fei, fofang fak fawak afu fe fane fi???(wei, korang nak bawak aku ke mane nie??>mulut ade curut<)

Anthony ' Fat Tony' Salerno lahir pada 15 Ogos 1911 dan mati pada 27 Julai 1992. Merupakan Mafia New York yang berkhidmat sebagai bos keluarga jenayah "Genovese" dan beralih kepada bos keluarga jenayah iaitu "Vincent Chin Gigante" bermula dari tahun 1970-an sehingga ditangkap pada tahun 1986. Biasa memakai topi fedora dan gemar menghisap cerut. Digelar 'Fat Tony' kerana saiz badannya.




Itu sahaja nama-nama 'Si Penyangak' yang aku dapat kongsikan pada korang semua.dan mereka semua memang dah cukup tegar dengan kegiatan mereka bukan kerana apa selain dari hidup senang  dengan kemewahan dengan wang yang banyak.

Tapi kita jangan tak tau kita pun ade seorang lagi local punya gengster yang bole kata power jugak
iaitu:-






Aku letak gambar je. Dan korang cari sendiri la ye sape mamat atas nie...:).
Ok, chow sin chi!!!.