Tuesday, 17 January 2012

DIMANA DAYA TARIKAN??

Ye, agak serius entri kali nie nampaknya. Aku bole hanya bagi satu perkataan yang ade kaitan dengan pertanyaan di atas iaitu  'Pakej' (jangan korang bayangkan pulak perkataan nie hanya pada percutian ber'Pakej' ataupun dengan perkahwinan  janda ber'Pakej' anak 3 pulak...:)).Ok, aku nak beri pandangan ape kaitannya daya  tarikan dengan 'Pakej'??? (hehe, pandai-pandai buat kenyataan nampak, aku mengaku yang aku sendiri pun tak cukup 'Pakej' sebenarnya...:)).


Tidak dinafikan paras rupa salah satu 'Pakej' dan visi 'Pertama'. Dan aku tak serlahkan paras rupa kerana semua dah tau yang paras rupa adalah perkara yang kita akan lihat dahulu dan ianya terpulang pada diri seseorang sebelum menilai. Aku rasa pada pandangan pertama  tak boleh kita katakan cara sebenar-benarnya untuk tertarik. Dan jika seorang yang teliti  akan melihat 'Pakej'  yang lain juga pada diri seseorang itu sebelum mengambil tindakan seterusnya. 


Diantara 'Pakej' ialah serba-serbi yang terzahir pada seseorang mendatangkan minat orang lain untuk mendekati atau mengetahui lebih lanjut. Semua orang ada perangai yang berbeza, tak kira la lelaki atau perempuan. Dan kita semestinya mahu yang baik-baik saja. Tapi jangan kita terlalu percaya dengan seseorang yang nampak alim nie (nampak alim(menunjuk)). Kalau ikhlas kelakuannya akan terserlah la kebaikannya itu. Terpulang pada individu untuk menilai.


'Pakej' lain yang mungkin yang boleh menarik minat ialah dari segi perbuatan. Cara berjalan, percakapan dan apa-apa sahaja kelihatan tertib dan tidak dibuat-buat. Kalau nak suap makan kena guna tangan kanan (setakat nie aku tak pernah tengok orang suap makan pakai tangan kiri kecuali Ketek kat Tanjung tue)..Dah sudah...lupakan aku mengarut je tadi.......:).Kalau kita tertib dalam perlakuan maka personaliti anda itu akan  lebih tersemat di dalam hati si pemerhati.


Satu lagi 'Pakej' yang ramai tak tahu ialah 'Kemahiran Interpesonal' .Apa yang dimaksudkan 'Kemahiran Interpesonal' ialah sifat yang tergolong kepada semua daya tarikan yang ada (atau lebih tepat kesimpulan kepada semua sifat yang boleh mencetuskan minat dalam hubungan sosial manusia).Dan sifat ini jarang sekali ada dalam diri kita sebagai manusia (dah nama manusia, tak semua sempurna...:)).


Bagi aku kesemua diatas adalah 'Pakej' lengkap untuk daya tarikan seseorang. Dan paling utama untuk menzahirkan kesemuanya kita harus jujur dan tidak pura-pura. Ok,sampai disini saja definisi aku berkaitan persoalan tajuk entri diatas. Sampai berjumpa lagi, renung-renungkan dan selamat berjamal!!!...:)


Sunday, 8 January 2012

KEMUDAHAN MEMBANTU SEMUA (TERSIRAT KESANNYA)

Assalammualaikum....harap sejahtera semua. Ok, kebanyakkan masyarakat sekarang ini melalui era di mana dihujani oleh semua teknologi yang memudahkan kita (atau lebih tepat memanjakan masyarakat).Aku memang akui semua teknologi yang kita nikmati sekarang memang terlalu banyak membantu dalam segala hal (tak kira la perkara yang senang lebih senang atau rumit dulunya bole settle dalam masa yang singkat).Tapi sekarang kita dah tak payah pening-peningkan kepala hotak berjambul kita nie, apa sahaja bole selesai dengan mudah dan kuasa semuanya di hujung jari sahaja.




Contohnya telefon bimbit.Aku ingat lagi masa-masa sebelum wujudnya telefon bimbit canggih seperti sekarang yang kadang -kadang menjadi medium kedua untuk internet (sekarang kalo bukan dari jenis Android memang tak sah, memang koyah kan ko budak-budak!!.).Ye, zaman tue dah aku lalui pun!!.Aku buat perbandingan antara kehidupan dahulu semasa belum wujudnya telefon bimbit nie dan pada masa sekarang (peredaran waktu memang singkat...kejap je dah Jumaat..hehe).Yelah macam mana kita nak membuat temujanji dengan seseorang dan masa yang kita janjikan dan pada masa itu tak menjadi masalah bagi kita (kalo janji pukul 4.00 ptg, maka pukul 4.00 ptg la kita akan jumpa di tempat yang dijanjikan dan kalau sesat bole jugak sampai kat tempat tue, pelik jugak la aku).Cuba kalau sekarang, korang janji la pukul berapa pun, belum kompom bole sampai tepat pada masa dijanjikan.... sebab ape??...sebab kita dah bole update alasan kenapa kita lewat melalui telefon bimbit. Korang bagi la alasan ape pun, bukan membe kita tue nampak kita tipu dia ataupun tak (bagi alasan jalan sesak padahal baru nak capai tuala mandi).Kalau dulu, nak bagi alasan macamane, kalo ade pun public phone je (penat woi tiap kali nak kena berenti cari public phone, bila jumpa...ade chewing gum plak kt ganggang dia...kesudahannya public phone tue dah kau tomoi, telinga kau bau chewing gum cap beruang hitam perisa strawberry...:))
Tak heran dah kalo masa sekarang janji pukul 4.00 ptg membawa ke pukul 5.00 ptg (tue tak masuk lagi alasan sesat, padahal telefon bukan main canggih siap ade GPS lagi).


Lagi satu pasal nombor telefon. Cuba la korang ingat no telefon membe-membe korang semua....bole korang ingat semua no telefon diaorang??...mesti ade yang tak tau punya (dan ada jugak yang no telefon awek sendiri pun nak kena check balik pada list...hehe).Tapi dulu, kalau korang tak ingat no telefon-telefon penting memang mendatangkan masalah besar (sebab bila berlaku hal contoh keta rosak ke, pastue tak bawak senarai nombor telefon penting) memang menjawab la korang masa tue (bole pegi cari busut tepi jalan, untung-untung dapat no telefon termasuk nombor lucky draw sekali..hehehe).


Dan nak cerita panjang pasal kemudahan teknologi pada masa sekarang memang terlampau banyak dan memang kesudah pun takkan abis. Aku cuma nak memberi sedikit sahaja contoh kemudahan teknologi yang nyata dan semua masyarakat berpeluang mengguna dan mengaplikasikannya dalam kehidupan.Dan kita sebagai pengguna bukan sahaja 'Dimanjakan' malahan 'Ditatang' oleh kemudahan teknologi ciptaan moden dari manusia yang bijak 'Pandai'....:) 


 

Monday, 2 January 2012

TEPUK DADA TANYA SELERA.

Assalamualaikum...lama jugak tak update blog nie.Terasa rindu pulak aku nak tengok dak kecik comel pakai spek besar nie ha...Ye, aku janji nak update info 30 aribulan aritue....tapi dah termungkir janji pulak. Tapi takpe aku dah 'menebeng' semula kat blog nie walaupun terlewat  masanya...Aku pun bukan suka nak bagi alasan kononnya busy kerja ke ape-ape ke, pengotor alasan tue semua, hehe....tue alasan tersangatlah biase dan geli...cuba la alasan contohnya kau cakap kau sekarang ambik tender masak kenduri kawin ke, takpun kau cakap la mase kau serve masakan kenduri kawin tue, pihak lelaki tak jadik kawin dan kau plak kena pakse kawin ngan anak tuan rumah...selang berape ari tue kau kena panggil pegi perang kat sempadan pulak dah. Nampak macam menipu...tapi logik dan tak kelihatan fiksyen melampau....:).


Lupakan kisah kedai kopi...lupakan perbualan apek-apek berbual melayu kata "Khir Toyo terbang guna duit Tourism Selangor 48K untuk First Class Tix". Abaikan Nor Amalina yang konon 'Pandai' tak hengat tue dah lupa daratan (rambut karat macam anak nelayan )...Aku tak peduli pun benda-benda tue semua...Tapi aku kesian dengan pemikiran golongan baru yang banyak disogok dan disajikan perkara yang serba-serbi nak menjatuhkan je. Dengki sana, dengki sini tak kira melalui medium ape pun (termasuk Makcik Bedah yang suka gosip depan pagor around taman pun bole jadik antara medium unggul). Cuba kita melatih diri untuk menepis ape-ape aje pengaruh buruk-memburuk yang boleh meresap ke dalam kepala hotak berjambul kita nie dan cuba fikir logik akal. Andainya melibatkan masalah negara pun dah ade orang yang patut fikir perkara tue dan korang sibuk nak persoalkan memang tak perlu.


Pengaruh golongan baru memang senang nak berkembang, malahan kalau seseorang yang 'Pandai' menarik minat dan cakap teror serba serbi memang senang diikuti dan yang dipengaruhi. Orang tue salah, orang ini salah dan sape yang betul sebenarnya aku pun tak tau (mungkin aku golongan tak tau pape kot). Golongan yang lama pulak suka mencelarukan pemikiran golongan baru supaya ikut dengan cara rebel dia yang kononnya banyak makan garam ( kalo dikira sejak lahir mungkin ade la dalam satu lori pikap tue). Cukup makan cukup minum dah memadai, tak payah nak bokbang sane sini. Contohnya kalo kau 'bengkek' ngan si A, biar kau ngan si A je saling mem'bengkek', watpe nak suruh 'orang lain' ikut kau "bengkek" si A?...Lain la kalo 'orang lain' tue dah memang "bengkek" ngan si A tue jugak, hehe...tue aku tak tau nak cakap ape la....terpulang pada diri...:).


Keistimewaan.... bukan semua tak dapat...aku sejak lahir banyak dapat rasa kenikmatan duduk kat negara aku sendiri (yang tak tau nak mengenang budi, dah bole hantar kat Karachi sane). Walaupun tak mewah, tapi cukup bertuah dan aman sentosa. Tak kira la sape yang memerintah dan sape yang diperintah (yang penting demokrasi perlu nampak adil dan saksama..:)).Orang cakap putih (kita selidik putih tue ade terpalit sedikit kari atau tidak) dan orang cakap hitam (kita selidik hitam tue betul-betul hitam atau koyah nak nampak metal je)...hehehe.Jadik kita golongan baru jangan la suka ikut cakap orang (jadi diri sendiri dan perbaiki kekurangan diri untuk masa depan kita)....:)