Tuesday, 17 January 2012

DIMANA DAYA TARIKAN??

Ye, agak serius entri kali nie nampaknya. Aku bole hanya bagi satu perkataan yang ade kaitan dengan pertanyaan di atas iaitu  'Pakej' (jangan korang bayangkan pulak perkataan nie hanya pada percutian ber'Pakej' ataupun dengan perkahwinan  janda ber'Pakej' anak 3 pulak...:)).Ok, aku nak beri pandangan ape kaitannya daya  tarikan dengan 'Pakej'??? (hehe, pandai-pandai buat kenyataan nampak, aku mengaku yang aku sendiri pun tak cukup 'Pakej' sebenarnya...:)).


Tidak dinafikan paras rupa salah satu 'Pakej' dan visi 'Pertama'. Dan aku tak serlahkan paras rupa kerana semua dah tau yang paras rupa adalah perkara yang kita akan lihat dahulu dan ianya terpulang pada diri seseorang sebelum menilai. Aku rasa pada pandangan pertama  tak boleh kita katakan cara sebenar-benarnya untuk tertarik. Dan jika seorang yang teliti  akan melihat 'Pakej'  yang lain juga pada diri seseorang itu sebelum mengambil tindakan seterusnya. 


Diantara 'Pakej' ialah serba-serbi yang terzahir pada seseorang mendatangkan minat orang lain untuk mendekati atau mengetahui lebih lanjut. Semua orang ada perangai yang berbeza, tak kira la lelaki atau perempuan. Dan kita semestinya mahu yang baik-baik saja. Tapi jangan kita terlalu percaya dengan seseorang yang nampak alim nie (nampak alim(menunjuk)). Kalau ikhlas kelakuannya akan terserlah la kebaikannya itu. Terpulang pada individu untuk menilai.


'Pakej' lain yang mungkin yang boleh menarik minat ialah dari segi perbuatan. Cara berjalan, percakapan dan apa-apa sahaja kelihatan tertib dan tidak dibuat-buat. Kalau nak suap makan kena guna tangan kanan (setakat nie aku tak pernah tengok orang suap makan pakai tangan kiri kecuali Ketek kat Tanjung tue)..Dah sudah...lupakan aku mengarut je tadi.......:).Kalau kita tertib dalam perlakuan maka personaliti anda itu akan  lebih tersemat di dalam hati si pemerhati.


Satu lagi 'Pakej' yang ramai tak tahu ialah 'Kemahiran Interpesonal' .Apa yang dimaksudkan 'Kemahiran Interpesonal' ialah sifat yang tergolong kepada semua daya tarikan yang ada (atau lebih tepat kesimpulan kepada semua sifat yang boleh mencetuskan minat dalam hubungan sosial manusia).Dan sifat ini jarang sekali ada dalam diri kita sebagai manusia (dah nama manusia, tak semua sempurna...:)).


Bagi aku kesemua diatas adalah 'Pakej' lengkap untuk daya tarikan seseorang. Dan paling utama untuk menzahirkan kesemuanya kita harus jujur dan tidak pura-pura. Ok,sampai disini saja definisi aku berkaitan persoalan tajuk entri diatas. Sampai berjumpa lagi, renung-renungkan dan selamat berjamal!!!...:)


No comments:

Post a Comment