Assalammualaikum....harap sejahtera semua. Ok, kebanyakkan masyarakat sekarang ini melalui era di mana dihujani oleh semua teknologi yang memudahkan kita (atau lebih tepat memanjakan masyarakat).Aku memang akui semua teknologi yang kita nikmati sekarang memang terlalu banyak membantu dalam segala hal (tak kira la perkara yang senang lebih senang atau rumit dulunya bole settle dalam masa yang singkat).Tapi sekarang kita dah tak payah pening-peningkan kepala hotak berjambul kita nie, apa sahaja bole selesai dengan mudah dan kuasa semuanya di hujung jari sahaja.
Contohnya telefon bimbit.Aku ingat lagi masa-masa sebelum wujudnya telefon bimbit canggih seperti sekarang yang kadang -kadang menjadi medium kedua untuk internet (sekarang kalo bukan dari jenis Android memang tak sah, memang koyah kan ko budak-budak!!.).Ye, zaman tue dah aku lalui pun!!.Aku buat perbandingan antara kehidupan dahulu semasa belum wujudnya telefon bimbit nie dan pada masa sekarang (peredaran waktu memang singkat...kejap je dah Jumaat..hehe).Yelah macam mana kita nak membuat temujanji dengan seseorang dan masa yang kita janjikan dan pada masa itu tak menjadi masalah bagi kita (kalo janji pukul 4.00 ptg, maka pukul 4.00 ptg la kita akan jumpa di tempat yang dijanjikan dan kalau sesat bole jugak sampai kat tempat tue, pelik jugak la aku).Cuba kalau sekarang, korang janji la pukul berapa pun, belum kompom bole sampai tepat pada masa dijanjikan.... sebab ape??...sebab kita dah bole update alasan kenapa kita lewat melalui telefon bimbit. Korang bagi la alasan ape pun, bukan membe kita tue nampak kita tipu dia ataupun tak (bagi alasan jalan sesak padahal baru nak capai tuala mandi).Kalau dulu, nak bagi alasan macamane, kalo ade pun public phone je (penat woi tiap kali nak kena berenti cari public phone, bila jumpa...ade chewing gum plak kt ganggang dia...kesudahannya public phone tue dah kau tomoi, telinga kau bau chewing gum cap beruang hitam perisa strawberry...:))
Tak heran dah kalo masa sekarang janji pukul 4.00 ptg membawa ke pukul 5.00 ptg (tue tak masuk lagi alasan sesat, padahal telefon bukan main canggih siap ade GPS lagi).
Lagi satu pasal nombor telefon. Cuba la korang ingat no telefon membe-membe korang semua....bole korang ingat semua no telefon diaorang??...mesti ade yang tak tau punya (dan ada jugak yang no telefon awek sendiri pun nak kena check balik pada list...hehe).Tapi dulu, kalau korang tak ingat no telefon-telefon penting memang mendatangkan masalah besar (sebab bila berlaku hal contoh keta rosak ke, pastue tak bawak senarai nombor telefon penting) memang menjawab la korang masa tue (bole pegi cari busut tepi jalan, untung-untung dapat no telefon termasuk nombor lucky draw sekali..hehehe).
Dan nak cerita panjang pasal kemudahan teknologi pada masa sekarang memang terlampau banyak dan memang kesudah pun takkan abis. Aku cuma nak memberi sedikit sahaja contoh kemudahan teknologi yang nyata dan semua masyarakat berpeluang mengguna dan mengaplikasikannya dalam kehidupan.Dan kita sebagai pengguna bukan sahaja 'Dimanjakan' malahan 'Ditatang' oleh kemudahan teknologi ciptaan moden dari manusia yang bijak 'Pandai'....:)
No comments:
Post a Comment