Monday, 26 December 2011

TENTANG ORANG 'PANDAI'

Tentang Orang 'Pandai'...Aku saje entri tajuk kat atas nie sebab nak ceritakan perihal orang-orang yang dipercayai tersangatlah 'Pandai' (bukan percaya pasal amanah ke hape) memang orang yang terbaik/terunggul di mata masyarakat (konon-kononnya la). Seperti yang kita tahu, orang 'Pandai' tak suka menerima kritikan dan merasakan dia sahaja yang betul (nah ambik je semua). Dan kebanyakkan orang yang 'Pandai' ni suka menunjukkan yang diri dia betul dan mengaggap orang sekeliling bodoh (tak tau pape pun sebab semua perkara yang orang 'Pandai' buat , dia dah buat).Dan orang bodoh nie pasti ke dia bodoh??(tapi kena ingat orang bodoh nie bukan di kalangan yang jobless atau loser). Tapi orang 'Pandai' nie memang tak reti dan tak faham keadaan orang bodoh( jadi dia lebih bodoh berbanding orang bodoh).


Orang 'Pandai' memang terlalu pandai sebab belajar sehingga Degree je!!...diulangi Degree je bukan Master @ Phd (ambik Ijazah Pendidikan sebab tue sifat 'Pandai' nak mengajar orang bodoh terserlah). Orang 'Pandai' takkan kata orang lain bodoh sebab dia mungkin tak tau orang yang dia kata bodoh tue memang bodoh (atau saje-saje buat bodoh kerana taknak membazir 'Kepandaian' pada benda yang tak mendatangkan ape-ape pada diri dia dan orang yang berkaitan).Sebab ape??,contohnya orang bodoh macam rasa kalau dia tunjuk pandai nanti kena ambik kesempatan ( macam ko pandai pastu sama-sama meniaga, tapi duit ko sebat sorang buat beli rokok, abis yang pandai lagi sorang tue ape cite??,dia dapat ape??...contohnya la...:)). Jadi si 'Pandai' jangan ingat orang bodoh nie betul-betul bodoh.


Orang 'Pandai'  suka cari 'back up' (tue biasa mcm keling la, kalo sorang tak berani nak gaduh).Orang 'Pandai' nampak tak bersalah (yelah dah dia 'Pandai', jadik semua orang tertipu dengan kebaikkan/kepandaian dia).Orang 'Pandai' memang berlagak kononnya 'Bos' (kalo nak jadik 'Bos' pegi apply kerja yang melayakkan  jawatan sebagai 'Bos' ok!!).Orang 'Pandai' akan beri kenyataan yang betullllllllllll sentiasa (padahal, tak dapat bezakan antara ayat 'Aku Taknak Korang Pulangkan Duit Aku, Cuma Pulangkan Masa Aku' dengan 'Aku Taknak Korang Pulangkan Duit Aku , Korang Nie Buang Masa Aku') orang 'Pandai' tau bezakan kan??...:).Orang 'Pandai' akan rasa dia terkenal/artis (contohnya buat t-shirt band dia @ kumpulan rock tongkol contohnya la...:)) tapi susah nak laku (kesian tengokkan sebab budget band dia ramaiiiii orang kenal....:)).Orang 'Pandai' selalu tertanya-tanya kenapa ramai orang tak suka pada si 'Pandai'(orang dengki kot sebab ko 'Pandai' sangat....:)).Orang pandai tak semuanya pandai...kadang-kadang 'Pandai Macam Keldai'...(membe aku kenal dari utara selalu sebut menatang nie...:))


Tapi orang 'Pandai' bukan semuanya nampak bodoh (contoh orang 'Pandai' yang yang aku dengar nie dah buat keja lain sekarang setelah habis bergebang nak buat tu nak buat ini....Tahniah ye, nampak 'Pandai' di situ...:)).Biar orang bodoh yang tak tahu pape nie dah tahu APE NAK BUAT SETERUSNYA NANTI (ape??nak pukul??mandrem??...ko gile ape,??...ade laaaaa)....:).

(Maaf , cuma 'sindiran ringan' untuk hari ini)



Friday, 23 December 2011

KRIK!!! KRIK!!! KRIK!!!

Assalammualaikum, cuti aku dah masuk hari ke-3, aku rasakan macam hari-hari aku pada kali nie bertukar dan aku cuba menyesuaikan diri. Yelah, orang semua cuti jalan-jalan amik angin kat tempat orang. Tapi aku lain...bangun tido, makan, online pastu tido....diulangi pada hari berikutnya. Patutlah lelaki kalo yang tak bekerja akan tension dan rasa macam kurang selesa sangat hidup dia (lain la kalo yang malas nak cari kerja, sampai ke tua bangka mak bapak tanggung hidup, itu memang mendatangkan kemarahan mak bapak kepada 'biawak hidup' tersebut). Dan waktu cuti nie la, rancangan tv tak menarik disiarkan berulang-ulang kali (kalo tak silap aku, cite drama indon kat tv skang nie dah ulang kelmarin). Dah la aku kurang dengan drama indon nie (sebab aku rasa setiap pelakon indon nie suka cakap/monolog sorang-sorang macam orang tengah 'isim' takpun sikit-sikit kena langgar sebab lintas jalan tak tengok kiri-kanan...kalo tak caya korang tengok drama-drama indon yang lain-lain).



Hehe, ape aku merepek pun aku tak tau la. Yela, hari nie pun aku takde info pape. Dan aku dah buat keputusan selama aku bercuti ini takkan ade info untuk dikongsi dengan korang semua. Sebab ape??...sebab kepala dah jam, dan ianya dijangka berterusan hingga 30 aribulan nie ,jadik untuk hari ini  aku hanya luahkan ape yang sebal kat blog nie sebelum nanti aku pun bole jadik cakap sorang-sorang macam pelakon dalam drama indon tu, hehe(mintak maaf semua, dan aku janji akan ade info untuk diupdate lagi nanti, tungguuuuuuuu).



macam nie la rupa orang tengah bosan (pinjam gambar anak along aku...:))



Monday, 19 December 2011

TAKDE INFO LA DER

Assalammualaikum, hari ini aku takde info pape .Cume yang dapat aku syer dengan korang semua pasal  hari terakhir aku bekerja sebelum cuti panjang(macam blogger sejati yang  je aku kan??, padahal takat picisan je bro) bermula esok hingga 1 haribulan tahun 2012 (lama gila tue cuti pasal nak abiskan cuti tahunan aku le).Aku hari ini dah start apply cuti untuk hujung tahun. Mane bole tahan, sume dak-dak ofis dah cuti tapi aku melangok lagi kt opis, apekejadahnya...hehe.Semalam aku dah settlekan pun kerja yang lama tak lama la aku tangguhkan (ade la dalam 1 hari bekerja dan 2 hari cuti , yang cuti tue maksudnya hari sabtu dan ahad...:) ). Dalam tengah nak isi borang cuti tue, aku rasa macam ade yang tak kena dengan meja aku nie. Macam tak terurus pun ade, bersepah macam kapal hanyut. Alamak , bunyi phone pulak, Apaicavalera yang telefon nie:



Aku :"Hello,....(belum sempat aku cakap pape)"

Apaicavalera :  "Hello apek, kejap lagi gua datang ambik itu fiber....lu free tak apek??"


Aku : (Dak apai nie dail nombor main bedal je, dia tak tengok ke no yang dia dail tue no aku.Takpe aku menyamar jadi apek pun show nie, hehe)."Ha, ya ya ya!!....itu fiber aaa lu bole ambik ini petang , lu mau bikin apa itu fiber??...mau bikin kapal telebang ka??". (ini tak lain tak bukan pasal bikin keta dia nie).


Apaicavalera :  (Diam kejap) "hahahaha, sory tersalah dail la bro....pelik gak care cakap dah macam apek  melayu lu td, hahahahaha (aku pun hahahahahha jugak).


Aku :"Tue la pasal bro"
 

Tut.....tut...tut (terputus talian, malu la tue si apai tue, hehehe)



Ok, bersambung kisah tadi. Meja yang aku mengadap dari pagi tadi   (padahal dah berkurun lama dah) bersepah je aku tengok.Sume kertas-kertas yang ntah datang dari mane ntah (padahal aku yang wat sepah) berterabur tak tersusun. Jadi, oleh kerana aku nak bercuti panjang nie nanti, baik aku kemas sebelum kertas-kertas nie dimamah dek mak menti (tikus) walaupun sebelum nie ade 'tikus besar(Aku)' yang duduk kat meja nie .Dan aku pun memulakan kerja-kerja mengemas.....


10 minit sebelum............
meja serabut babut macam sabut(nie kalo tak kemas kompom time cuti nanti tikus bertandak atas meja aku nie)
  




10 minit selepas.........
meja dah clear dan lebih tersusun(nampak lapang plak, jangan dak tikus main rounders atas meja aku nie pulak nanti)

Alhamdulillah meja aku dah kelihatan lebih senonoh dan lebih 'shining' berbanding yang awal tadi. Dan dengan itu meja nie akan terpelihara bersih bila takde orang yang duduk sepanjang percutian aku nanti. Baru la takde 'penunggu' yang boleh beranak pinak kat kat area meja aku nie(cehhh, ingat rumah tinggal 
ke ape??).

Ok semua ,selamat bercuti dan selamat tahun baru....:)




BRICCONE

Assalammualaikum, dengan lafaz bismilahhirahmanirahim aku mulakan entri untuk hari ini. Korang yang berada tidak kira di tempat kerja atau di rumah kerana cuti hujung tahun di harap berada dalam keadaan sihat sejahtera Malaysia hendaknya. Seperti yang tuan-tuan dan puan-puan maklum, merujuk kepada entri yang dikirimkan semalam ada menyatakan...Ishhh!! dah macam karang surat pulak aku ni. Sorry, awal minggu memang macam jam sikit kepale hotak aku yang bejambul ni. Memang hari ini aku macam taknak entri pape. Tapi dengan keadaan sunyi beserta opis yang lengang dan rakan sekerja yang macam nampak tak nampak je nie, baik aku fokus kejap dengan aktiviti baru aku nie. Kejap lagi nak siapkan ape yang tertunggak dari minggu lepas membawa ke minggu nie.Nanti overlap kerja baru tau, cehh!!, koyah banyak kerja plak ko badol.hehe.



Ok, cakap banyak tak guna tembak cicak tak kena...aku nak sambung pasal info semalam berkaitan 'Si Penyangak' atau lain istilah yang macam poyo tapi benar dipanggil 'Mafia'. Pergerakkan ini telah bercambah dari generasi ke generasi dan menular ke sekitar Amerika dan lain-lain negara (kira diaorang berhijrah dan bermastautin kat negara orang kemudian buat kacau, sebijik macam......minta maaf ,aku bukan 'racist'  tapi memang realiti sebenar). Dan tradisi pergerakkan mereka tetap sama seperti yang dulu-dulu tetapi mereka lebih ketara gengster kerana ada dikalangan ketua atau ahli-ahli mereka sudah ramai yang dikenali(bukan jenis yang 'gile glamer' tapi orang dah kenal sebab diaorang lebih berani melakukan jenayah terbuka yang sangatlah macam setan muadjal).



Antara yang terkenal tapi bukan 'gile glamer' telah dapat aku cari nama-nama mereka. Dan dikalangan mereka bukan yang paling 'Bos' atau istilah lainnya 'Si Kuat', sebab takde siapa yang tahu siapa yang patut pegang gelaran itu. Antara nama-nama ialah:-


BIG JIM

misai tebal banyak pakai minyak bon




Giacomo Colosimo yang lahir 16 February 1878 dan mati pada 11 Mei 1920. Dia dikenali sebagai  'Big Jim' Colosimo dan merupakan bos jenayah Itali/Amerika. Telah menjalankan empayar jenayah di Chicago melalui sindiket pelacuran , perjudian dan penipuan. Berpindah dari Itali pada tahun 1895 dan memulakan kuasa melalui jenayah yang kecil melalui rangkaian sindiket pelacuran dan dia telah memimpim  empayar jenayah yang dikenali sebagai 'Outfit Chicago' dari tahun 1902 sehingga kematiannya pada tahun 1920.Dan selepas itu, tampuk kekuasaan diambil alih oleh Johnny Torrio aka 'Papa Johnny'.




PAPA JOHNNY

senyum kasik nampak baik, buat je muke macam tak salah

John 'Papa Johnny Torrio', lahir pada 20 Januari 1882 dan mati pada 16 April 1957.Dikenali sebagai "The Fox".Merupakan penyangak Itali/Amerika yang menyambung empayar jenayah yang dikenali sebagai "Outfit Chicago" daripada 'Big Jim' pada tahun 1920. Mencetuskan idea Sindiket Jenayah Kebangsaan pada tahun 1930-an dan kemudian menjadi penasihat tidak rasmi kepada kumpulan jenayah "Genovese". Kemudian mewariskan kekuasaannya kepada anak didiknya iaitu 'Al Capone'.





AL-CAPONE

pernah menjadi duta kasut hoki oleh syarikat Al -Ikhsan

Alphonse Gabriel atau nama lain 'Al- Capone' lahir pada 17 Januari dan mati pada 25 Januari 1947. Nama 'Al-Capone' adalah yang sangat terkenal antara yang lain-lainya. Merupakan seorang gengster Itali/Amerika yang mengetuai sindiket jenayah yang terlarang dan meneruskan era perjalanan "Outfit Chicago" yang kemudian ditukar nama kepada "Capones", menjalankan kegiatan penyeludupan minuman keras  dan lain-lain aktiviti yang menyalahi undang-undang termasuk pelacuran di bandar Chicago seawal tahun 1920-an hingga ke tahun 1931.





VINCENT DRUCCI

ini orangnya kepala hotak berjambul belah kanan

'Vincent Drucci' yang juga dikenali sebagai 'mastermind' pada era tahun 1898 dan mati pada tahun 1927. Penjenayah Itali/Amerika semasa era "Outfit Chicago" yang berkhidmat sebagai leftenan di bawah sebuah kumpulan gengster 'Mafia'  yang lain dan kemudian naik takhta sebagai ketua kumpulan gengster tersebut. Drucci adalah salah seorang yang pernah dibunuh oleh pegawai penguatkuasa undang-undang.





LUCKY LUCIANO


mata tembet sebab selalu ngendap minah indon

Charlie 'Lucky Luciano' lahir di Salvatore Lucania pada 24 November 1897 dan mati pada 26 Januari 1962. Penyangak yang dilahirkan di Sicily, Italy dan dianggap sebagai bapa jenayah moden yang wujud di Amerika Syarikat. Seiring itu pemecahan kepada 5 keluarga jenayah Mafia yang berbeza di New York beserta penubuhan suruhanjaya yang pertama. Merupakan secara rasmi bos yang pertama untuk jenayah moden keluarga"Genovese".Bersama-sama dengan gengnya iaitu Meyer Lansky, berperanan dalam pembangunan "Sindiket Jenayah Kebangsaan" di Amerika Syarikat.





JOE ADONIS

"aaaa, incek, surat takde....penumbok ade!" sambil kejar sambil sepak.



Joe Adonis yang lahir pada 22 November 1902 dan mati pada 26 November 1971. Dikenali juga sebagai 'Joey A', 'Joe Arosa', 'Joe Adone' dan 'Joe Di Meo', merupakan seorang penyangak New York yang merupakan peserta penting dalam pembentukan keluarga Cosa Nostra jenayah moden.




FRANK COSTELLO
emmmmmm.......???


'Frank Costello' lahir pada 26 Januari 1891 dan mati pada 18 Februari 1973. Muncul ketika kegiatan jenayah meningkat di Amerika. Memegang empayar perjudian yang luas di seluruh Amerika Syarikat dan mendapat gelaran 'Perdana Menteri daripada bawah tanah'.Menjadi salah seorang ketua 'Mafia' yang paling berkuasa dan berpengaruh di dalam sejarah Amerika dan menubuhkan keluarga jenayah 'Luciano' dan kemudian dipanggil keluarga jenayah 'Genovese'.




 
JOE BONANNO
pandang muka nampak telinga

Joseph Charles Bonanno lahir pada 18 Januari 1905 dan mati pada 11 Mei 2002.Seorang Mafia yang dilahirkan di Amerika dan menjadi ketua keluarga jenayah . Beliau digelar 'Joe Banana' dan sangat membenci gelaran tersebut.






ALBERT ANASTASIA

"amacam??..ada gaya macho??...ke hancor??"


'Albert Anastasia' dilahirkan di pada 26 September 1902 dan mati pada 25 Oktober 1957. Merupakan bos yang dikenali sebagai keluarga "Gambino", salah satu daripada 5 keluarga di New York. Menubuhkan sekumpulan pembunuh upahan yang dipanggil "Murder Inc" yang berkuasa atas segala keputusan 'Suruhanjaya Majlis Pemerintah Mafia Amerika'. Juga digelar sebagai "Mad Hatter".




TONY ACCARDO

"mane plak pegi kunci keta nie??"


Antonio 'Joseph Accardo' lahir pada 28 April 1906 dan  mati pada 22 Mei 1991. Dikenali sebagai  'Batters Joe' atau 'Tuna Big'. Memulakan daripada penjenayah kecil membawa ke kedudukan bos untuk "Outfit Chicago" pada tahun 1947 dan turun takhta pada akhir tahun 1972. Sepanjang hidup sehingga kematiannya ,Accardo bergerak ke wilayah-wilayah baru seiring itu meningkatkan kuasa dan kekayaan semasa tempohnya sebagai bos.





FAT TONY

"fei, fofang fak fawak afu fe fane fi???(wei, korang nak bawak aku ke mane nie??>mulut ade curut<)

Anthony ' Fat Tony' Salerno lahir pada 15 Ogos 1911 dan mati pada 27 Julai 1992. Merupakan Mafia New York yang berkhidmat sebagai bos keluarga jenayah "Genovese" dan beralih kepada bos keluarga jenayah iaitu "Vincent Chin Gigante" bermula dari tahun 1970-an sehingga ditangkap pada tahun 1986. Biasa memakai topi fedora dan gemar menghisap cerut. Digelar 'Fat Tony' kerana saiz badannya.




Itu sahaja nama-nama 'Si Penyangak' yang aku dapat kongsikan pada korang semua.dan mereka semua memang dah cukup tegar dengan kegiatan mereka bukan kerana apa selain dari hidup senang  dengan kemewahan dengan wang yang banyak.

Tapi kita jangan tak tau kita pun ade seorang lagi local punya gengster yang bole kata power jugak
iaitu:-






Aku letak gambar je. Dan korang cari sendiri la ye sape mamat atas nie...:).
Ok, chow sin chi!!!.







































Saturday, 17 December 2011

BASTARDO MAFIOSO

Salam hujung minggu dan selamat bersantai, hujan memang turun tak henti-henti dari semalam. Memang gasak la sape yang buat majlis kawin hari nie . Tapi takpe , seperti perumpamaan standard dan nerd yang selalu sangat aku dengar "hujan itu satu rahmat". Ya , memang hujan itu rahmat tuhan dan korang kena sensitif dengan pemberianNya. Dan ayat standard dan tak berapa nerd yang selalu sangat aku dengar "hujan air je pun, bukan hujan batu!". Tue kalo hujan batu korang pilih la nak jenis ape?. Nak yang kecik macam Crusher Run atau nak besar batu Blok. Kalo besar Crusher Run pun aku rasa ble berdarah kepala tengkorak berjambul, inikan pulak batu Blok?.

Dah-dah, sebelum tue aku nak pinjam ruang sedikit untuk ucapkan selamat ulangtahun anak buah aku iaitu anak angah yang dah genap umurnya setahun pada hari semalam. Kesian dia kena sambut harijadi pertama dalam hospital sebab demam panas.  Nasib baik suasana kt dalam hospital mahkota tu memang sesuai untuk kitorang-kitorang nyanyi lagu selamat hari jadik untuk Aisyah Raihana yang pitoi-pitoi. Takpe, Aisyah esok besar jadi kuat macam Pak Ude ok (kuat ke, kuat tido?.. kuat makan? ) Selamat Hari Jadi Aisyah Raihana Bte. Remi Azruddin!!! . Dan ini gambar si konit menyambut hari lahir dia yang buat julung-julung kalinya.


"Ape tengok-tengok ??one by one la".
 "Dak satu tahun mana reti tiup lilin??".


Ok2, cukup cerita peribadi. Macam sikit lebih kurang nak lari tajuk plak dah. Aku sebenarnya nak bercerita lanjut mengenai satu organisasi tak berdaftar yang aku rasa mana-mana negara wujud ,tidak kira besar ataupun tidak. Organisasi ini memang tak mendatangkan ape-ape sumbangan ataupun menaikkan ekonomi negara sebab diaorang memang akan menjalankan segala perkara yang segalanya haram dan dengan erti kata lain, main kotor ( lagi kotor dari najis mughalazah). Organisasi yang aku maksudkan ialah Organisasi Kegiatan Jenayah(Samseng) yang sejak lama dulu telah wujud. Mereka yang tergolong dari ahli-ahli yang mempunyai ikatan termasuk ikatan keluarga antara satu sama lain dan mengaburi kegiatan mereka daripada pihak berkuasa. Kebanyakkan perkumpulan mereka , adalah amat akrab dan sanggup bergadai nyawa demi mempertahan dan melindungi ahli-ahli mereka yang lain (bukan macam sesetengah kita yang suka menyalahkan dan merendahkan ahli sendiri walaupun diri sendiri macam gampang). Dan kepercayaan antara satu sama lain memang dititikberatkan takut adanya khianat dan mementingkan diri sendiri. Keakraban mereka memang tulus dan bukan untuk kepentingan diri sendiri tapi organisasi itu sendiri.


Dan Organisasi Samseng yang pada dulunya wujud tidak kira dalam semua bangsa dan antara yang terkenal ialah 'Mafia' yang telah wujud pada abad ke-19 di Sicily, Italy. Gaya mereka melakukan jenayah melalui kod tingkah laku (kalo kat malaysia lebih kurang orang panggil 'kod buah') dan pergerakan mengikut kumpulan yang terdiri dari  keluarga dan puak. Mereka ini menuntut kebebasan untuk menakhluk wilayah untuk memudahkan mereka menjalankan kegiatan jenayah . Antara tempat takhlukan mereka ialah di sesebuah penempatan tidak kira luar atau dalam bandar termasuk bandar yang lebih besar. Mereka menggelar diri mereka orang yang mulia dan bersopan-santun ( konon alim-alim kucing hutan pijak semut, semut gigit dia balik la kiranya) walaupun orang telah menganggap mereka sebagai "Mafia Tegar"(gengster makan budak).

mcm gambar kelas time ambik candid



"saya tak salah mat kampo!!(polis), bukan saya yang curik kerbau tok penghulu"



gengster macam mana pun, kena tembak mati masuk lubang kubur jugak






Meskipun nama 'Mafia' yang asal diwujudkan di Sicily Italy, tetapi ada juga rangkaian jenayah lain yang menggunakan nama tersebut (kira hakcipta tak diiktiraf, senang-senang dicilok kemudian bangga dengan nama tu) serta menjalankan cara kegiatan jenayah yang sama(kecuali seludup beras dan gula, ape kelasss). Ini termasuk pecahan 'Mafia' yang telah bercambah di Amerika Syarikat pada akhir abad ke-19 mengikut tradisi penghijrahan dari Sicily Italy. Dan juga merebak ke negara-negara lain seperti Kanada dan Australia.




Ok, itu sahaja maklumat sedikit tapi tak kurang yang dapat dikongsi. Negara-negara lain pun ada budaya gangsterisme nie termasuk di Malaysia jugak. Dan kita sebagai manusia tak perlu nak jadi 'gengster', jadi orang biasa pun bole orang hormat kita ape.


TUTTI ITALY

Ragazze buongiorno belle la fuori !!!, ape khabar semua. Cuaca yang mendung dan hujan bermula dari semalam mula dari aku ikut membe aku beli Lap Top dengan sorang student cine kt MMU melaka. Berani apek ni berurusniaga dengan kitorang malam-malam buta kt dalam kedai yang ala-ala kiut kecil dan comel tu, nasib baik kitorang bukan penjenayah, kalo tak dah kena lipat masuk beg Lap Top dah ko apek , semua barang-barang sah-sah dah abis kitorang lesapkan dah.Tapi takpe, aku dan membe aku sangat berpuashati dengan penerangan apek yang agak konfident nak suruh kitorang beli Lap Top dia. Dan kami sempat terpedaye dengan mulut manis apek tu sambil dengan konfident jua mengatakan nombor kereta membe aku ada Ong dalam kiraan Hokkien, Aiyaa pandai la lu aaaaa apek!!.Tapi takpe janji membe aku , Apaicavalera berpuashati dengan lap top lu apek, lagi satu lu punya muka ada macam itu Terence Yin la kalo lu bukak itu celemin mate , hehe.

Ok balik semula pada cerita tadi. Cuaca hujung tahun nie sebijik tak kurang macam dekat oversea plak. Cume malaysia ni hujan tapi dekat negara Eropah sane lebih sejuk sebab ade turun salji yang sesuai kalo dibuat 'ais kacang', takpun kalo zaman mak bapak kita dulu lebih kurang sama beradik lain jantina iaitu 'ais kepal', korang jangan tipu kalo pernah nampak ais kepal ni ada jual lagi sekarang. Orang  Eropah sekarang nie tengah seronok main baling-baling salji. Tapi kita kat sini sibuk baling atau memunggah barang-barang bantuan di kawasan-kawasan yang terkena banjir. Banyak bersabar ye makcik-makcik dan pakcik-pakcik semua.

Ok, aku nak bercerita mengenai negara yang aku sangat kagumi dengan cara hidup dan budaya La Capitale D'Italia Roma ( ibunegara Italy iaitu Rome) . Ianya merupakan destinasi perlancongan yang akan jadik ramai bila sampainya musim sejuk (terbayang aku dengan loose coat dan trilby hat,dah macam michael corleone versi jawe, hehe). Semasa musim sejuk Opera, Simfoni dan pementasan teater mula berjalan dengan giat sekali dan ini menarik minat sesiapa sahaja yang berkunjung untuk merasai pengalaman melihat sendiri aktiviti kesenian negara tersebut(kalo kt malaysia ni kira tempat-tempatnya macam pasar seni dan istana budaya la kiranya).



keadaan colesium ketika pertunjukkan opera.
 


kumpulan simfoni yang gesekan biolanya bole bikin bulu ketis berdiri diiringi cello.


salah satu pementasan teater yang bertajuk "Aku Si Pujangga Bersama Si Kaki Penipu"





Bagi yang sukakan luncur salji boleh la ke kawasan pergunungan Itali dan sesetengahnya termasuk dalam pakej untuk setiap pelancong yang datang ke negara tersebut (kalo bagi yang kayu nak main luncur salji tu, baik lupakan hasrat anda kalo taknak tulang patah riuk dan urat badan tersimpul manok ). Acara kemuncak untuk musim sejuk di negara Itali nie sudah semestinya sambutan Krismas dan akan mula kelihatan Mr. Santa jadian di merata-rata tempat( Mr Santa ok!!, bukan Mr. Santa Singh), Ini diikuti perayaan tahun baru dan Musim Carnavale (dan kalo Tamil itu panggil Ayoyo Kanavaley!!) Kemudian rakyat jelata bersiap sedia untuk Ephipany pada tarikh 6 Januari. Pada waktu Ephipany ini kebanyakkan kedai-kedai, tempat perlancongan dan perkhidmatan akan ditutup satu hari (antara terkecuali perkhidmatan transit dan stesyen minyak, kalo tak memang menggelupur la orang yang tak berkenderaan atau berkenderaan nak ke kemana-mana termasuk nak ke bandar ).



pandangan seperti di jalan Tuanku Abdul Rahman bila tiba musim raya.


Kami geng-geng bulu merak




Itu sahaja sedikit cerita yang dapat aku kongsi mengenai cuti musim sejuk di Itali walaupun di Malaysia ni lebih banyak aktiviti kesenian  dan kawasan perlancongan yang lebih kaching. Aku sebagai rakyatnya masih cintakan segala isi mukasurat negara Malaysia.


Thursday, 15 December 2011

NINO ROTA

Hari ini aku update lagi blog aku.Semalam puas aku berfikir ape aku nak muatkan pada hari ni.Belek punya belek, telek punya telek, aku terjumpa kisah tentang Nino Rota.Ok, sape ye Nino Rota?.Aku berminat nak entrikan pencapaian hidup dia selepas mendengar skor muzik yang dia telah cipta untuk filem yang banyak berkisar tentang kehidupan gengster Itali yang kekal sehingga ke hari ini, iaitu 'Godfather' yang memberi impak besar selepas difilemkan dari sebuah novel tulisan Mario Puzo di penghujung tahun 60-an.

Filem Arahan Francis Ford nie memang dahsyat.Kalau sambil makan Pop Corn bole tersembur keluar hidung la bila dengar bunyi Machine Gun geng mafia nie.Tapi aku bukan nak cerita pasal filem gangster ni, sebab aku tidak suka pada keganasan,aku suka filem-filem romantik je(mula la tu korang nak labelkan aku ape kan??).Skor lagu yang dihasilkan oleh Nino Rota ni memang menusuk jiwa la kalo korang dengar, romantik sampai bole tersembur kacang kuda kalo korang dengar.

Nino Rota yang lahir pada 3 Disember 1911 dan meninggal pada umur 67 tahun pada 10 April 1979.Beliau telah mula menggubah skor muzik filem Federico Fellini dan Luchico Visconti.Beliau juga telah mengarang untuk dua filem Shakespeare Franco Zeffirelli dan juga kedua-dua filem trilogi 'Godfather', dan dengan itu beliau telah menerima anugerah Akademi yang kedua untuk Skor Asal terbaik pada tahun 1974.


Sepanjang kerjaya beliau, Rota(bukan jenama keropok udang) adalah seorang yang luarbiasa kemampuannya.Beliau menulis lebih daripada 150 skor lagu untuk produksi Itali dari tahun 1930-an hingga tahun 1979.Beliau menghasilkan purata 3 skor setiap tahun sepanjang 46 tahun dan tempoh yang paling produktif(memang masyuk kalo zaman sekarang nie)pada tahun 1940-an sehingga pertengahan tahun 1950-an beliau menulis purata 10 skor lagu atau lebih untuk setiap tahun.(mak datuk!!, ini memang bole jadik migrain kepala otak berjambul aku nie).Maka terciptanya nama beliau dalam mencipta skor muzik yang superb untuk filem, disamping itu beliau telah membariskan penggiat-penggiat muzik okestra yang cukup terkenal.Beliau kekal sebagai tenaga pengajar di Musicale Liceo di Bari, Itali dimana beliau merupakan pengarah selama hampir 30 tahun.




Wednesday, 14 December 2011

INTRO METRO

Assalamualaikum.Kali nie kali pertama aku menggelumangkan diri untuk menulis diruangan ini.First time entri memang ayat macam Damak berbual dengan Chendana Dewi dah!!!.Takpe,Liliana Mardiana pun dah highlight "Skema Itu Hot....Pewittt!!!".Pewittt!! tue saje aku tambah.minta maaf ye cik Liliana ye :).Kenapa aku menulis itu tak penting.Yang penting mari kita kongsi pengalaman dan info-info yang torbaik.Kalo nak tau lebih lanjut, ikuti la ruangan ini dan jika tak suke terpulang.Takkan aku nak pakse korang suke.Sukehati korang la ye tak??.