Ragazze buongiorno belle la fuori !!!, ape khabar semua. Cuaca yang mendung dan hujan bermula dari semalam mula dari aku ikut membe aku beli Lap Top dengan sorang student cine kt MMU melaka. Berani apek ni berurusniaga dengan kitorang malam-malam buta kt dalam kedai yang ala-ala kiut kecil dan comel tu, nasib baik kitorang bukan penjenayah, kalo tak dah kena lipat masuk beg Lap Top dah ko apek , semua barang-barang sah-sah dah abis kitorang lesapkan dah.Tapi takpe, aku dan membe aku sangat berpuashati dengan penerangan apek yang agak konfident nak suruh kitorang beli Lap Top dia. Dan kami sempat terpedaye dengan mulut manis apek tu sambil dengan konfident jua mengatakan nombor kereta membe aku ada Ong dalam kiraan Hokkien, Aiyaa pandai la lu aaaaa apek!!.Tapi takpe janji membe aku , Apaicavalera berpuashati dengan lap top lu apek, lagi satu lu punya muka ada macam itu Terence Yin la kalo lu bukak itu celemin mate , hehe.
Ok balik semula pada cerita tadi. Cuaca hujung tahun nie sebijik tak kurang macam dekat oversea plak. Cume malaysia ni hujan tapi dekat negara Eropah sane lebih sejuk sebab ade turun salji yang sesuai kalo dibuat 'ais kacang', takpun kalo zaman mak bapak kita dulu lebih kurang sama beradik lain jantina iaitu 'ais kepal', korang jangan tipu kalo pernah nampak ais kepal ni ada jual lagi sekarang. Orang Eropah sekarang nie tengah seronok main baling-baling salji. Tapi kita kat sini sibuk baling atau memunggah barang-barang bantuan di kawasan-kawasan yang terkena banjir. Banyak bersabar ye makcik-makcik dan pakcik-pakcik semua.
Ok, aku nak bercerita mengenai negara yang aku sangat kagumi dengan cara hidup dan budaya La Capitale D'Italia Roma ( ibunegara Italy iaitu Rome) . Ianya merupakan destinasi perlancongan yang akan jadik ramai bila sampainya musim sejuk (terbayang aku dengan loose coat dan trilby hat,dah macam michael corleone versi jawe, hehe). Semasa musim sejuk Opera, Simfoni dan pementasan teater mula berjalan dengan giat sekali dan ini menarik minat sesiapa sahaja yang berkunjung untuk merasai pengalaman melihat sendiri aktiviti kesenian negara tersebut(kalo kt malaysia ni kira tempat-tempatnya macam pasar seni dan istana budaya la kiranya).
keadaan colesium ketika pertunjukkan opera. |
kumpulan simfoni yang gesekan biolanya bole bikin bulu ketis berdiri diiringi cello. |
salah satu pementasan teater yang bertajuk "Aku Si Pujangga Bersama Si Kaki Penipu" |
Bagi yang sukakan luncur salji boleh la ke kawasan pergunungan Itali dan sesetengahnya termasuk dalam pakej untuk setiap pelancong yang datang ke negara tersebut (kalo bagi yang kayu nak main luncur salji tu, baik lupakan hasrat anda kalo taknak tulang patah riuk dan urat badan tersimpul manok ). Acara kemuncak untuk musim sejuk di negara Itali nie sudah semestinya sambutan Krismas dan akan mula kelihatan Mr. Santa jadian di merata-rata tempat( Mr Santa ok!!, bukan Mr. Santa Singh), Ini diikuti perayaan tahun baru dan Musim Carnavale (dan kalo Tamil itu panggil Ayoyo Kanavaley!!) Kemudian rakyat jelata bersiap sedia untuk Ephipany pada tarikh 6 Januari. Pada waktu Ephipany ini kebanyakkan kedai-kedai, tempat perlancongan dan perkhidmatan akan ditutup satu hari (antara terkecuali perkhidmatan transit dan stesyen minyak, kalo tak memang menggelupur la orang yang tak berkenderaan atau berkenderaan nak ke kemana-mana termasuk nak ke bandar ).
pandangan seperti di jalan Tuanku Abdul Rahman bila tiba musim raya. |
Kami geng-geng bulu merak |
Itu sahaja sedikit cerita yang dapat aku kongsi mengenai cuti musim sejuk di Itali walaupun di Malaysia ni lebih banyak aktiviti kesenian dan kawasan perlancongan yang lebih kaching. Aku sebagai rakyatnya masih cintakan segala isi mukasurat negara Malaysia.
No comments:
Post a Comment