Saturday, 17 December 2011

BASTARDO MAFIOSO

Salam hujung minggu dan selamat bersantai, hujan memang turun tak henti-henti dari semalam. Memang gasak la sape yang buat majlis kawin hari nie . Tapi takpe , seperti perumpamaan standard dan nerd yang selalu sangat aku dengar "hujan itu satu rahmat". Ya , memang hujan itu rahmat tuhan dan korang kena sensitif dengan pemberianNya. Dan ayat standard dan tak berapa nerd yang selalu sangat aku dengar "hujan air je pun, bukan hujan batu!". Tue kalo hujan batu korang pilih la nak jenis ape?. Nak yang kecik macam Crusher Run atau nak besar batu Blok. Kalo besar Crusher Run pun aku rasa ble berdarah kepala tengkorak berjambul, inikan pulak batu Blok?.

Dah-dah, sebelum tue aku nak pinjam ruang sedikit untuk ucapkan selamat ulangtahun anak buah aku iaitu anak angah yang dah genap umurnya setahun pada hari semalam. Kesian dia kena sambut harijadi pertama dalam hospital sebab demam panas.  Nasib baik suasana kt dalam hospital mahkota tu memang sesuai untuk kitorang-kitorang nyanyi lagu selamat hari jadik untuk Aisyah Raihana yang pitoi-pitoi. Takpe, Aisyah esok besar jadi kuat macam Pak Ude ok (kuat ke, kuat tido?.. kuat makan? ) Selamat Hari Jadi Aisyah Raihana Bte. Remi Azruddin!!! . Dan ini gambar si konit menyambut hari lahir dia yang buat julung-julung kalinya.


"Ape tengok-tengok ??one by one la".
 "Dak satu tahun mana reti tiup lilin??".


Ok2, cukup cerita peribadi. Macam sikit lebih kurang nak lari tajuk plak dah. Aku sebenarnya nak bercerita lanjut mengenai satu organisasi tak berdaftar yang aku rasa mana-mana negara wujud ,tidak kira besar ataupun tidak. Organisasi ini memang tak mendatangkan ape-ape sumbangan ataupun menaikkan ekonomi negara sebab diaorang memang akan menjalankan segala perkara yang segalanya haram dan dengan erti kata lain, main kotor ( lagi kotor dari najis mughalazah). Organisasi yang aku maksudkan ialah Organisasi Kegiatan Jenayah(Samseng) yang sejak lama dulu telah wujud. Mereka yang tergolong dari ahli-ahli yang mempunyai ikatan termasuk ikatan keluarga antara satu sama lain dan mengaburi kegiatan mereka daripada pihak berkuasa. Kebanyakkan perkumpulan mereka , adalah amat akrab dan sanggup bergadai nyawa demi mempertahan dan melindungi ahli-ahli mereka yang lain (bukan macam sesetengah kita yang suka menyalahkan dan merendahkan ahli sendiri walaupun diri sendiri macam gampang). Dan kepercayaan antara satu sama lain memang dititikberatkan takut adanya khianat dan mementingkan diri sendiri. Keakraban mereka memang tulus dan bukan untuk kepentingan diri sendiri tapi organisasi itu sendiri.


Dan Organisasi Samseng yang pada dulunya wujud tidak kira dalam semua bangsa dan antara yang terkenal ialah 'Mafia' yang telah wujud pada abad ke-19 di Sicily, Italy. Gaya mereka melakukan jenayah melalui kod tingkah laku (kalo kat malaysia lebih kurang orang panggil 'kod buah') dan pergerakan mengikut kumpulan yang terdiri dari  keluarga dan puak. Mereka ini menuntut kebebasan untuk menakhluk wilayah untuk memudahkan mereka menjalankan kegiatan jenayah . Antara tempat takhlukan mereka ialah di sesebuah penempatan tidak kira luar atau dalam bandar termasuk bandar yang lebih besar. Mereka menggelar diri mereka orang yang mulia dan bersopan-santun ( konon alim-alim kucing hutan pijak semut, semut gigit dia balik la kiranya) walaupun orang telah menganggap mereka sebagai "Mafia Tegar"(gengster makan budak).

mcm gambar kelas time ambik candid



"saya tak salah mat kampo!!(polis), bukan saya yang curik kerbau tok penghulu"



gengster macam mana pun, kena tembak mati masuk lubang kubur jugak






Meskipun nama 'Mafia' yang asal diwujudkan di Sicily Italy, tetapi ada juga rangkaian jenayah lain yang menggunakan nama tersebut (kira hakcipta tak diiktiraf, senang-senang dicilok kemudian bangga dengan nama tu) serta menjalankan cara kegiatan jenayah yang sama(kecuali seludup beras dan gula, ape kelasss). Ini termasuk pecahan 'Mafia' yang telah bercambah di Amerika Syarikat pada akhir abad ke-19 mengikut tradisi penghijrahan dari Sicily Italy. Dan juga merebak ke negara-negara lain seperti Kanada dan Australia.




Ok, itu sahaja maklumat sedikit tapi tak kurang yang dapat dikongsi. Negara-negara lain pun ada budaya gangsterisme nie termasuk di Malaysia jugak. Dan kita sebagai manusia tak perlu nak jadi 'gengster', jadi orang biasa pun bole orang hormat kita ape.


No comments:

Post a Comment