Hari ini aku update lagi blog aku.Semalam puas aku berfikir ape aku
nak muatkan pada hari ni.Belek punya belek, telek punya telek, aku
terjumpa kisah tentang Nino Rota.Ok, sape ye Nino Rota?.Aku berminat
nak entrikan pencapaian hidup dia selepas mendengar skor muzik yang dia
telah cipta untuk filem yang banyak berkisar tentang kehidupan gengster
Itali yang kekal sehingga ke hari ini, iaitu 'Godfather' yang memberi
impak besar selepas difilemkan dari sebuah novel tulisan Mario Puzo di
penghujung tahun 60-an.
Filem Arahan Francis Ford nie
memang dahsyat.Kalau sambil makan Pop Corn bole tersembur keluar hidung
la bila dengar bunyi Machine Gun geng mafia nie.Tapi aku bukan nak cerita
pasal filem gangster ni, sebab aku tidak suka pada keganasan,aku suka
filem-filem romantik je(mula la tu korang nak labelkan aku ape
kan??).Skor lagu yang dihasilkan oleh Nino Rota ni memang menusuk jiwa
la kalo korang dengar, romantik sampai bole tersembur kacang kuda kalo
korang dengar.
Nino Rota yang lahir pada 3 Disember 1911
dan meninggal pada umur 67 tahun pada 10 April 1979.Beliau telah mula
menggubah skor muzik filem Federico Fellini dan Luchico Visconti.Beliau
juga telah mengarang untuk dua filem Shakespeare Franco Zeffirelli dan
juga kedua-dua filem trilogi 'Godfather', dan dengan itu beliau telah
menerima anugerah Akademi yang kedua untuk Skor Asal terbaik pada tahun
1974.
Sepanjang kerjaya beliau, Rota(bukan jenama keropok udang)
adalah seorang yang luarbiasa kemampuannya.Beliau menulis lebih
daripada 150 skor lagu untuk produksi Itali dari tahun 1930-an hingga
tahun 1979.Beliau menghasilkan purata 3 skor setiap tahun sepanjang 46
tahun dan tempoh yang paling produktif(memang masyuk kalo zaman
sekarang nie)pada tahun 1940-an sehingga pertengahan tahun 1950-an
beliau menulis purata 10 skor lagu atau lebih untuk setiap tahun.(mak
datuk!!, ini memang bole jadik migrain kepala otak berjambul aku
nie).Maka terciptanya nama beliau dalam mencipta skor muzik yang superb
untuk filem, disamping itu beliau telah membariskan penggiat-penggiat
muzik okestra yang cukup terkenal.Beliau kekal sebagai tenaga pengajar
di Musicale Liceo di Bari, Itali dimana beliau merupakan pengarah
selama hampir 30 tahun.
No comments:
Post a Comment