Assalammualaikum, dengan lafaz bismilahhirahmanirahim aku mulakan entri untuk hari ini. Korang yang berada tidak kira di tempat kerja atau di rumah kerana cuti hujung tahun di harap berada dalam keadaan sihat sejahtera Malaysia hendaknya. Seperti yang tuan-tuan dan puan-puan maklum, merujuk kepada entri yang dikirimkan semalam ada menyatakan...Ishhh!! dah macam karang surat pulak aku ni. Sorry, awal minggu memang macam jam sikit kepale hotak aku yang bejambul ni. Memang hari ini aku macam taknak entri pape. Tapi dengan keadaan sunyi beserta opis yang lengang dan rakan sekerja yang macam nampak tak nampak je nie, baik aku fokus kejap dengan aktiviti baru aku nie. Kejap lagi nak siapkan ape yang tertunggak dari minggu lepas membawa ke minggu nie.Nanti overlap kerja baru tau, cehh!!, koyah banyak kerja plak ko badol.hehe.
Ok, cakap banyak tak guna tembak cicak tak kena...aku nak sambung pasal info semalam berkaitan 'Si Penyangak' atau lain istilah yang macam poyo tapi benar dipanggil 'Mafia'. Pergerakkan ini telah bercambah dari generasi ke generasi dan menular ke sekitar Amerika dan lain-lain negara (kira diaorang berhijrah dan bermastautin kat negara orang kemudian buat kacau, sebijik macam......minta maaf ,aku bukan 'racist' tapi memang realiti sebenar). Dan tradisi pergerakkan mereka tetap sama seperti yang dulu-dulu tetapi mereka lebih ketara gengster kerana ada dikalangan ketua atau ahli-ahli mereka sudah ramai yang dikenali(bukan jenis yang 'gile glamer' tapi orang dah kenal sebab diaorang lebih berani melakukan jenayah terbuka yang sangatlah macam setan muadjal).
Antara yang terkenal tapi bukan 'gile glamer' telah dapat aku cari nama-nama mereka. Dan dikalangan mereka bukan yang paling 'Bos' atau istilah lainnya 'Si Kuat', sebab takde siapa yang tahu siapa yang patut pegang gelaran itu. Antara nama-nama ialah:-
BIG JIM
misai tebal banyak pakai minyak bon |
Giacomo Colosimo yang lahir 16 February 1878 dan mati pada 11 Mei 1920. Dia
dikenali sebagai 'Big Jim' Colosimo dan merupakan bos jenayah
Itali/Amerika. Telah menjalankan empayar jenayah di Chicago melalui sindiket
pelacuran , perjudian dan penipuan. Berpindah dari Itali pada tahun 1895 dan
memulakan kuasa melalui jenayah yang kecil melalui rangkaian sindiket pelacuran
dan dia telah memimpim empayar jenayah yang dikenali sebagai 'Outfit
Chicago' dari tahun 1902 sehingga kematiannya pada tahun 1920.Dan selepas itu,
tampuk kekuasaan diambil alih oleh Johnny Torrio aka 'Papa Johnny'.
PAPA JOHNNY
senyum kasik nampak baik, buat je muke macam tak salah |
John 'Papa Johnny Torrio', lahir pada 20 Januari 1882 dan mati pada 16 April 1957.Dikenali sebagai "The Fox".Merupakan penyangak Itali/Amerika yang menyambung empayar jenayah yang dikenali sebagai "Outfit Chicago" daripada 'Big Jim' pada tahun 1920. Mencetuskan idea Sindiket Jenayah Kebangsaan pada tahun 1930-an dan kemudian menjadi penasihat tidak rasmi kepada kumpulan jenayah "Genovese". Kemudian mewariskan kekuasaannya kepada anak didiknya iaitu 'Al Capone'.
AL-CAPONE
pernah menjadi duta kasut hoki oleh syarikat Al -Ikhsan |
Alphonse Gabriel atau nama lain 'Al- Capone' lahir pada 17 Januari dan mati pada 25 Januari 1947. Nama 'Al-Capone' adalah yang sangat terkenal antara yang lain-lainya. Merupakan seorang gengster Itali/Amerika yang mengetuai sindiket jenayah yang terlarang dan meneruskan era perjalanan "Outfit Chicago" yang kemudian ditukar nama kepada "Capones", menjalankan kegiatan penyeludupan minuman keras dan lain-lain aktiviti yang menyalahi undang-undang termasuk pelacuran di bandar Chicago seawal tahun 1920-an hingga ke tahun 1931.
VINCENT DRUCCI
ini orangnya kepala hotak berjambul belah kanan |
'Vincent Drucci' yang juga dikenali sebagai 'mastermind' pada era tahun 1898 dan mati pada tahun 1927. Penjenayah Itali/Amerika semasa era "Outfit Chicago" yang berkhidmat sebagai leftenan di bawah sebuah kumpulan gengster 'Mafia' yang lain dan kemudian naik takhta sebagai ketua kumpulan gengster tersebut. Drucci adalah salah seorang yang pernah dibunuh oleh pegawai penguatkuasa undang-undang.
LUCKY LUCIANO
mata tembet sebab selalu ngendap minah indon |
Charlie 'Lucky Luciano' lahir di Salvatore Lucania pada 24 November 1897 dan mati pada 26 Januari 1962. Penyangak yang dilahirkan di Sicily, Italy dan dianggap sebagai bapa jenayah moden yang wujud di Amerika Syarikat. Seiring itu pemecahan kepada 5 keluarga jenayah Mafia yang berbeza di New York beserta penubuhan suruhanjaya yang pertama. Merupakan secara rasmi bos yang pertama untuk jenayah moden keluarga"Genovese".Bersama-sama dengan gengnya iaitu Meyer Lansky, berperanan dalam pembangunan "Sindiket Jenayah Kebangsaan" di Amerika Syarikat.
JOE ADONIS
"aaaa, incek, surat takde....penumbok ade!" sambil kejar sambil sepak. |
Joe Adonis yang lahir pada 22 November 1902 dan mati pada 26 November 1971. Dikenali juga sebagai 'Joey A', 'Joe Arosa', 'Joe Adone' dan 'Joe Di Meo', merupakan seorang penyangak New York yang merupakan peserta penting dalam
pembentukan keluarga Cosa Nostra jenayah moden.
FRANK COSTELLO
emmmmmm.......??? |
'Frank Costello' lahir pada 26 Januari 1891 dan mati pada 18 Februari 1973. Muncul ketika kegiatan jenayah meningkat di Amerika. Memegang empayar perjudian yang luas di seluruh Amerika Syarikat dan mendapat gelaran 'Perdana Menteri daripada bawah tanah'.Menjadi salah seorang ketua 'Mafia' yang paling berkuasa dan berpengaruh di dalam sejarah Amerika dan menubuhkan keluarga jenayah 'Luciano' dan kemudian dipanggil keluarga jenayah 'Genovese'.
JOE BONANNO
pandang muka nampak telinga |
Joseph Charles Bonanno lahir pada 18 Januari 1905 dan mati pada 11 Mei 2002.Seorang Mafia yang dilahirkan di Amerika dan menjadi ketua keluarga jenayah . Beliau digelar 'Joe Banana' dan sangat membenci gelaran tersebut.
ALBERT ANASTASIA
"amacam??..ada gaya macho??...ke hancor??" |
'Albert Anastasia' dilahirkan di pada 26 September 1902 dan mati pada 25 Oktober 1957. Merupakan bos yang dikenali sebagai keluarga "Gambino", salah satu daripada 5 keluarga di New York. Menubuhkan sekumpulan pembunuh upahan yang dipanggil "Murder Inc" yang berkuasa atas segala keputusan 'Suruhanjaya Majlis Pemerintah Mafia Amerika'. Juga digelar sebagai "Mad Hatter".
TONY ACCARDO
"mane plak pegi kunci keta nie??" |
Antonio 'Joseph Accardo' lahir pada 28 April 1906 dan mati pada 22 Mei 1991. Dikenali sebagai 'Batters Joe' atau 'Tuna Big'. Memulakan daripada penjenayah kecil membawa ke kedudukan bos untuk "Outfit Chicago" pada tahun 1947 dan turun takhta pada akhir tahun 1972. Sepanjang hidup sehingga kematiannya ,Accardo bergerak ke wilayah-wilayah baru seiring itu meningkatkan kuasa dan kekayaan semasa tempohnya sebagai bos.
FAT TONY
Anthony ' Fat Tony' Salerno lahir pada 15 Ogos 1911 dan mati pada 27 Julai 1992. Merupakan Mafia New York yang berkhidmat sebagai bos keluarga jenayah "Genovese" dan beralih kepada bos keluarga jenayah iaitu "Vincent Chin Gigante" bermula dari tahun 1970-an sehingga ditangkap pada tahun 1986. Biasa memakai topi fedora dan gemar menghisap cerut. Digelar 'Fat Tony' kerana saiz badannya.
Itu sahaja nama-nama 'Si Penyangak' yang aku dapat kongsikan pada korang semua.dan mereka semua memang dah cukup tegar dengan kegiatan mereka bukan kerana apa selain dari hidup senang dengan kemewahan dengan wang yang banyak.
Tapi kita jangan tak tau kita pun ade seorang lagi local punya gengster yang bole kata power jugak
iaitu:-
FAT TONY
"fei, fofang fak fawak afu fe fane fi???(wei, korang nak bawak aku ke mane nie??>mulut ade curut<) |
Anthony ' Fat Tony' Salerno lahir pada 15 Ogos 1911 dan mati pada 27 Julai 1992. Merupakan Mafia New York yang berkhidmat sebagai bos keluarga jenayah "Genovese" dan beralih kepada bos keluarga jenayah iaitu "Vincent Chin Gigante" bermula dari tahun 1970-an sehingga ditangkap pada tahun 1986. Biasa memakai topi fedora dan gemar menghisap cerut. Digelar 'Fat Tony' kerana saiz badannya.
Itu sahaja nama-nama 'Si Penyangak' yang aku dapat kongsikan pada korang semua.dan mereka semua memang dah cukup tegar dengan kegiatan mereka bukan kerana apa selain dari hidup senang dengan kemewahan dengan wang yang banyak.
Tapi kita jangan tak tau kita pun ade seorang lagi local punya gengster yang bole kata power jugak
iaitu:-
Aku letak gambar je. Dan korang cari sendiri la ye sape mamat atas nie...:).
Ok, chow sin chi!!!.
Ok, chow sin chi!!!.
No comments:
Post a Comment