Monday, 19 December 2011

TAKDE INFO LA DER

Assalammualaikum, hari ini aku takde info pape .Cume yang dapat aku syer dengan korang semua pasal  hari terakhir aku bekerja sebelum cuti panjang(macam blogger sejati yang  je aku kan??, padahal takat picisan je bro) bermula esok hingga 1 haribulan tahun 2012 (lama gila tue cuti pasal nak abiskan cuti tahunan aku le).Aku hari ini dah start apply cuti untuk hujung tahun. Mane bole tahan, sume dak-dak ofis dah cuti tapi aku melangok lagi kt opis, apekejadahnya...hehe.Semalam aku dah settlekan pun kerja yang lama tak lama la aku tangguhkan (ade la dalam 1 hari bekerja dan 2 hari cuti , yang cuti tue maksudnya hari sabtu dan ahad...:) ). Dalam tengah nak isi borang cuti tue, aku rasa macam ade yang tak kena dengan meja aku nie. Macam tak terurus pun ade, bersepah macam kapal hanyut. Alamak , bunyi phone pulak, Apaicavalera yang telefon nie:



Aku :"Hello,....(belum sempat aku cakap pape)"

Apaicavalera :  "Hello apek, kejap lagi gua datang ambik itu fiber....lu free tak apek??"


Aku : (Dak apai nie dail nombor main bedal je, dia tak tengok ke no yang dia dail tue no aku.Takpe aku menyamar jadi apek pun show nie, hehe)."Ha, ya ya ya!!....itu fiber aaa lu bole ambik ini petang , lu mau bikin apa itu fiber??...mau bikin kapal telebang ka??". (ini tak lain tak bukan pasal bikin keta dia nie).


Apaicavalera :  (Diam kejap) "hahahaha, sory tersalah dail la bro....pelik gak care cakap dah macam apek  melayu lu td, hahahahaha (aku pun hahahahahha jugak).


Aku :"Tue la pasal bro"
 

Tut.....tut...tut (terputus talian, malu la tue si apai tue, hehehe)



Ok, bersambung kisah tadi. Meja yang aku mengadap dari pagi tadi   (padahal dah berkurun lama dah) bersepah je aku tengok.Sume kertas-kertas yang ntah datang dari mane ntah (padahal aku yang wat sepah) berterabur tak tersusun. Jadi, oleh kerana aku nak bercuti panjang nie nanti, baik aku kemas sebelum kertas-kertas nie dimamah dek mak menti (tikus) walaupun sebelum nie ade 'tikus besar(Aku)' yang duduk kat meja nie .Dan aku pun memulakan kerja-kerja mengemas.....


10 minit sebelum............
meja serabut babut macam sabut(nie kalo tak kemas kompom time cuti nanti tikus bertandak atas meja aku nie)
  




10 minit selepas.........
meja dah clear dan lebih tersusun(nampak lapang plak, jangan dak tikus main rounders atas meja aku nie pulak nanti)

Alhamdulillah meja aku dah kelihatan lebih senonoh dan lebih 'shining' berbanding yang awal tadi. Dan dengan itu meja nie akan terpelihara bersih bila takde orang yang duduk sepanjang percutian aku nanti. Baru la takde 'penunggu' yang boleh beranak pinak kat kat area meja aku nie(cehhh, ingat rumah tinggal 
ke ape??).

Ok semua ,selamat bercuti dan selamat tahun baru....:)




1 comment:

  1. hmm...takde la bersepah mana meja awak tu...

    next time saya kemas kan eh..... =)

    ReplyDelete